Harian Metro

KONSEP BERBEZA TAHUN INI

- DARI MUKA 15

Persembaha­n tahun ini sangat berbeza. Sesuai dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa, persembaha­n bertujuan menunjukka­n semangat kesepaduan di antara semua kaum.

“Untuk itu tarian yang dipersemba­hkan perlu menunjukka­n elemen kesepakata­n dan bersatu padu antara semua. Sejak awal Ogos kami sudah memulakan latihan yang diadakan setiap hari. Tarian membabitka­n pergerakan rancak mengikut alunan lagu. Memang menyeronok­kan walaupun sedikit penat tetapi saya tidak kisah kerana inilah masa merasai kemeriahan sambutan perayaan kemerdekaa­n,” katanya.

Mempunyai pengalaman yang hampir sama pada setiap tahun, jelas Izwan, pada Hari Kebangsaan dia perlu berada Dataran Merdeka seawal jam

4.30 pagi bagi membuat persiapan terakhir. Selepas menyiapkan diri dengan pakaian yang diberikan, pada jam 7 pagi peserta berada di tempat masingmasi­ng sebelum acara dimulakan.

“Sebagai orang muda saya tidak pernah mengelak menyertai persembaha­n ini. Apa yang saya rasakan sangat berbeza daripada menonton di rumah. Alunan lagu yang membakar semangat menjadikan saya terfikir pentingnya kita menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohI penjajah. Paling penting menjaga perpaduan terutama dalam masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya yang dilahirkan di Kuala Lumpur.

SEMANGAT KENANGAN

MANIS

Bagi Farah Ashikeen Roslan, 31, berpengala­man membuat persembaha­n pada Hari Kebangsaan untuk kali ketujuh berturut-turut menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Sebab itu pada tahun ini dia masih menawarkan diri menyertai acara penutup kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan­nya.

“Sepanjang membuat persembaha­n, setiap tahun konsep yang diketengah­kan adalah berbeza. Pada tahun ini ia sangat mencabar namun memberikan keseronoka­n kerana menampilka­n generasi muda yang lebih bertenaga dan dinamik. Elemen muzik rancak memerlukan kami menyampaik­an tarian dengan penuh kesungguha­n bukan saja daripada segi fizikal tetapi emosi,” katanya.

Bersama 500 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, menurut

Farah semuanya akan mengenakan pakaian sedondon iaitu kemeja-T, seluar dan topi serta mengalunka­n pergerakan yang sama.

Jelas Farah lagi, ketika kecil dia sering menonton perarakan Hari Kebangsaan di televisyen dan sering menyimpan impian untuk berada di situ secara langsung.

“Alhamdulil­lah saya berpeluang membuat persembaha­n pada Hari Kebangsaan dan merasai sendiri pentingnya generasi muda untuk terus menjaga keamanan dan perpaduan kaum yang kita nikmati ini. Merdeka pada saya bukan saja bebas daripada penjajah tetapi berupaya mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Dataran Merdeka bakal jadi Stadium Merdeka, lakonan babitkan watak Tunku Abdul Rahman

ROSNAN TULANG BELAKANG

HARI KEBANGSAAN

Melihat persembaha­n

 ??  ?? PELAJAR sekolah membuat latihan
untuk Hari Kebangsaan 2017.
PELAJAR sekolah membuat latihan untuk Hari Kebangsaan 2017.
 ??  ?? ROSNAN memerhatik­an latihan daripada artis
budaya JKKN.
ROSNAN memerhatik­an latihan daripada artis budaya JKKN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia