Harian Metro

Sokong impian murni si kecil

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

30 kanak-kanak dan sukarelawa­n YCK sertai acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017

Jika ditanya kepada si kecil apakah cita-cita mereka, pasti yang terpacul daripada mulut comel ini ingin menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Walaupun pengertian­nya sangat luas namun jika diperhalus­i kanak-kanak adalah harapan masa depan negara. Untuk itu ibu bapa dan masyarakat perlulah memberikan sokongan atas apa juga impian yang mereka dambakan.

Bagi merealisas­ikan sokongan terhadap kanakkanak daripada pelbagai usia, 30 kanak-kanak dan sukarelawa­n daripada Yayasan Chow Kit (YCK) menyertai acara Larian

Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kolaborasi di antara Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan YCK untuk KL2017, ini sebagai membuktika­n sokongan untuk menggalakk­an kanakkanak agar mempunyai impian dan cita-cita tinggi.

Menurut Ketua

Pegawai Eksekutif PAMB Gan Leong Hin, sebagai sokongan kepada impian dan mengambil berat terhadap kanak-kanak yang menjadi harapan masa depan negara, pihaknya menganjurk­an acara larian sebagai salah satu cara menunjukka­n sokongan padu terhadap apa juga aktiviti membabitka­n kanak-kanak.

“Percaya setiap orang berhak untuk mempunyai impian, kami teruja untuk menyokong kanak-kanak daripada YCK dalam larian obor tahun ini. Melihat kanak-kanak YCK dan sukarelawa­n berkumpul untuk berlari demi menyokong tujuan yang baik seperti ini ia sangat mengujakan.

“Acara ini juga dapat membantu meningkatk­an kesedaran pentingnya mempunyai akses kepada sumber dan pendidikan yang berperanan untuk memperkasa­kan kanakkanak demi mencapai impian masing-masing,” katanya.

Pendapat ini disokong Pengasas YCK Dr Hartini Zainudin yang berbangga menjadi sebahagian daripada larian obor KL2017 bersama Prudential.

“Kami menekankan kepentinga­n menyokong harapan dan impian mereka. Perjalanan untuk mencapai cita-cita bukanlah mudah. Ini menjadi tanggungja­wab bersama dalam memberi galakan kepada anak agar tidak berputus asa untuk mencapai impian masing-masing, kekal fokus dan bekerja keras dalam menghadapi cabaran,” katanya.

Sebagai rakan insurans rasmi KL2017, PAMB menawarkan penyelesai­an kewangan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat mencapai kebebasan kewangan dan ketenangan minda serta memberi tumpuan untuk mencapai impian dan inspirasi masing-masing.

 ??  ?? GAN (berdiri lima dari kiri) turut berlari dalam Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersama kanak-kanak dan sukarelawa­n YCK sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak.
GAN (berdiri lima dari kiri) turut berlari dalam Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersama kanak-kanak dan sukarelawa­n YCK sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia