Harian Metro

Syiling dirham ulang tahun kemerdekaa­n ke-60

-

Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak dan logam bernilai di Malaysia melancarka­n syiling edisi khas ulang tahun kemerdekaa­n Malaysia ke-60 pada 7 Ogos lalu. Syiling dirham diperbuat daripada perak tulen 99.9 peratus dengan berat 5.95 gram dihasilkan cuma

3,000 keping untuk jualan menerusi platform atas talian www.nubex.my

Syiling dirham edisi terhad ini menampilka­n lakaran kombinasi Jalur Gemilang pada gelang syiling bahagian luar disulami cetakan 60 tahun kemerdekaa­n manakala lakaran tengah mengandung­i imej tugu negara.

Menariknya mengenai syiling ini, ia adalah pertama kali diperkenal­kan di dunia yang membolehka­n syiling diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satu boleh dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd Bakhtiar Abd Majid, Nubex optimis untuk terus menjadi pelopor kepada produk keluaran logam bernilai edisi terhad di Malaysia. Berdasarka­n sambutan keluaran syiling khas sebelum ini, syiling dirham kemerdekaa­n ini juga habis terjual dalam masa kurang sejam.

“Pertama kali dihasilkan di dunia, dua kepingan dirham yang digabungka­n dalam satu keluaran syiling menampilka­n nilai eksklusif dan estetika tersendiri untuk pengumpul syiling tempatan. Ciri unik pada syiling edisi terhad yang dijual pada harga pasaran RM29 (harga ahli RM26) bermula 7 Ogos lalu adalah hadiah istimewa bersempena ulang tahun Malaysia tahun ini,” ujar Ketua Pegawai Kreatif Nubex, Mohd Fayzi Omar.

Nubex yang ditubuhkan sejak 2009 adalah pelopor utama aktiviti pembuatan dan pengedaran logam bernilai emas serta perak secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarka­n logam emas import dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.

 ??  ?? SYILING dirham daripada perak tulen dikeluarka­n bersempena kemerdekaa­n.
MOHD Fayzi menunjukka­n syiling dirham.
SYILING dirham daripada perak tulen dikeluarka­n bersempena kemerdekaa­n. MOHD Fayzi menunjukka­n syiling dirham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia