Harian Metro

Manfaatkan bungkusan terpakai

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Dompet, pemegang kad dan bakul antara produk berguna yang boleh dihasilkan daripada bahan kitar semula. Setiap tahun barang yang dihasilkan menerusi pembuatan semula ini semakin bertambah disebabkan kesedaran dan komitmen orang ramai yang kian meningkat terhadap amalan ‘upcycling’ atau cara menghasilk­an barangan baharu yang lebih bernilai.

Menerusi kreativiti individu pelbagai produk boleh dihasilkan. Malah jika dikomersia­lkan ia bukan saja dapat digunakan secara persendiri­an tetapi juga peluang perniagaan yang tidak disangka-sangka.

Sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial meningkatk­an kesedaran mengurangk­an bahan buangan, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Tetra Pak Malaysia menganjurk­an dua bengkel ‘upcycling’ di Pulau Pinang untuk menggalakk­an orang ramai menukarkan bungkusan terpakai menjadi produk berguna.

Seramai 29 guru daripada 19 sekolah menyertai Kempen Kitar Semula F&N & MBPP yang diadakan di Komtar manakala 36 wakil daripada Persatuan Tamil Muslim Pulau Pinang (Perjuanita), Rumah Cheshire Pulau Pinang, Persatuan Mental D. Home, Persatuan Mencegah Mangsa Dera Pulau Pinang, Persatuan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas turut menyertai bengkel yang sama yang diadakan pada 3 Ogos 2017.

Aktiviti ini sebagai tanda penghargaa­n F&NHB, MBPP dan Tetra Pak kepada sekolah terbabit dalam kempen kitar semula. Dalam bengkel ini, guru diajar membuat barangan kegunaan harian seperti dompet, pemegang kad dan bakul daripada bahan karton minuman yang dikitar semula.

Menurut Pengurus Hal Ehwal Korporat F&NHB Cariessa Goh, bengkel yang diadakan di Pusat Belia Pulau Pinang itu bertujuan mendidik peserta menghasilk­an produk boleh guna daripada karton minuman yang dikitar semula dalam cara paling kreatif. ‘Upcycling’ ialah cara inovatif melihat bahan kitar semula dengan cara berbeza, iaitu menerusi potensi bahan buangan seperti kertas, plastik, logam dan kaca.

“Kita biasanya membuang barang lama yang tidak dikehendak­i tanpa menyedari dengan sedikit daya imaginasi, kita boleh menukarkan­nya kepada produk yang cantik dan boleh digunakan,” katanya.

Pada bengkel berkenaan, peserta teruja dengan objek baharu yang dihasilkan mereka seperti bakul yang boleh diisi biskut dan kek atau dijual sebagai hadiah. Peserta juga tertarik ketika mempelajar­i cara membuat produk kitar semula agar menjadi barang yang boleh diguna pakai.

“Ia juga cara yang sesuai bagi orang ramai mengasah kreativiti sambil melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk alam sekitar. Semoga usaha murni ini akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk meneroka potensi ‘upcycling’ dan membina masa depan lestari untuk semua,” tambah Goh.

 ??  ?? PESERTA bengkel teruja menghasilk­an produk berasaskan barangan terpakai.
PESERTA bengkel teruja menghasilk­an produk berasaskan barangan terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia