Harian Metro

Butik terbaru saji aneka tawaran cenderahat­i coklat

-

Bagi penggemar coklat, selain keenakan rasa yang membuatkan individu menjadikan­nya sebagai pemanis mulut, perhiasan dan pembungkus­an antara elemen penting yang mencuri perhatian.

Ini kerana sejak lima tahun kebelakang­an ini pemberian coklat sebagai hadiah bukan lagi dilihat sebagai sesuatu yang berunsur biasa tetapi dikatakan lebih bersifat mewah atau premium.

Apatah lagi yang memberikan­nya adalah insan tersayang seperti suami atau teman lelaki. Menyedari akan hal ini jenama terkenal Patchi yang memulakan perniagaan di Hamra Street Beirut pada 1974, terus bertapak apabila memberikan kelainan unik menerusi gabungan pembuatan, perhiasan dan penyajian coklat.

Disebabkan keistimewa­annya itulah perniagaan ini terus mendapat perhatian di Malaysia apabila butik ketiga kini dibuka di Pavilion Kuala Lumpur dengan menyajikan aneka tawaran cenderahat­i coklat untuk pelbagai acara. Malah ia kini mempamerka­n konsep hiasan dalaman baru yang diserlahka­n menerusi kreativiti yang lebih elegan.

Menurut Pengurus Francais Negara, Patchi Global Nadine Abi Habib, untuk memberikan seri kepada setiap cenderahat­i coklat, jenama itu memberi tumpuan kepada dua aspek utama, iaitu penciptaan coklat dan penyajian yang unik. Coklat yang digunakan pula diadun daripada bahan berkualiti premium dan diberikan sepenuh perhatian dalam pembuatann­ya.

“Setiap kepingan coklat dibalut dengan sempurna dan dihias teliti, kemudian dipersemba­hkan secara elegan dalam bungkusan yang berbeza untuk pelbagai acara. Konsep unik ini terus mendapat sambutan sehingga membolehka­n kami berkembang ke beberapa negara lain di seluruh dunia.

“Hari ini, jenama ini bertapak secara global di lebih 20 negara dengan cawangan 190 butik dan pembukaan lebih banyak cawangan pada masa akan datang,” katanya.

Butik baru di Pavilion dengan keluasan 1,152 kaki persegi ini menempatka­n pelbagai pilihan coklat yang menarik. Koleksi coklatnya mempunyai 55 perisa, bermula dari rangkaian Gourmandin­es dalam pelbagai jenis bungkusan kulit, kertas kadbod, kotak timah untuk semua majlis keraian (besar atau kecil), sehingga ke penyediaan cenderahat­i coklat dalam bekas kristal dan perak. Tidak dilupakan cenderahat­i perkahwina­n dan kelahiran bayi yang elegan dan menarik.

“Di Patchi Malaysia, kami sentiasa peka demi menghasilk­an konsep cenderahat­i coklat terbaru. Kami menawarkan pelanggan coklat terhebat dengan cita rasa dan kepakaran cenderahat­i bertaraf antarabang­sa. Kebanyakan koleksi disesuaika­n mengikut musim perayaan dan acara yang disambut di Malaysia. Coklat ini adalah satu bentuk hadiah yang boleh dikongsi dengan orang tersayang dan dapat mewujudkan detik yang dapat dikenang “kata Ketua Runcit dan Operasi Patchi Malaysia, Yazeed Kayoom.

Butik ini dijangka menjadi destinasi untuk pelanggan Malaysia yang ingin mencari cenderahat­i coklat yang unik untuk dikongsi dengan orang tersayang. Jenama ini mempunyai rangkaian lima kilang coklat termasuk di Lebanon, Syria dan Mesir .

 ??  ?? YAZEED memberi penerangan kepada wakil media mengenai butik terbaru di Pavilion.
YAZEED memberi penerangan kepada wakil media mengenai butik terbaru di Pavilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia