Harian Metro

Bantu masyarakat tempat asal

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my IBU PENGUAT SEMANGAT

Mengikuti kerja sukarelawa­n kemudian menterjema­hkan apa yang dilihat bagi membantu masyarakat di tempat tinggal sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.

Apatah lagi ia membabitka­n wang, masa dan tenaga yang perlu dicurahkan agar apa diimpikan menjadi kenyataan.

Bagi Siti Nornabila

Abdul Malek, 26, dia tertarik dengan kerja amal ketika bercuti ke Kuala Lumpur pada 2016. Selepas diperkenal­kan dengan Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Kamarulazi­zi, wanita ini mula berminat dengan konsep yang dibawa Kindness Malaysia (KM) dan membuat keputusan mengikuti semua aktiviti KM sepanjang percutian di sana.

“Semasa di

Kuala Lumpur, saya berkesempa­tan melawat Madrasah Hashimiah di Selayang dan membantu sukarelawa­n menguruska­n pentadbira­n madrasah.

Pada sebelah malam pula saya dan sahabat berkesempa­tan mengikuti Projek Feed The Homeless di sekitar bandar raya.

“Terkesan melihat kesusahan golongan gelandanga­n mencari rezeki, saya berasakan tidak ramai berpeluang melalui kehidupan sempurna ramai apabila terpaksa mengharapk­an bantuan orang lain demi meneruskan kelangsung­an hidup. Ini membuatkan saya terfikir untuk membantu orang lain menerusi pelbagai cara,” katanya.

Sekembali ke kota kelahiran di Kuching, Sarawak, Nabila bersama sahabat, Aliff Hamzah atau lebih senang dikenali sebagai Bob membuat keputusan menubuhkan Kindness Sarawak dengan bantuan kakak Bob, Darling Magdalina dan pengasas KM, Muhammad.

“Saya masih ingat projek pertama Kindness Sarawak (KS) ialah Pintu Rezeki yang menyasarka­n ibu tunggal dan asnaf.

Kami menyediaka­n lima set barangan dapur untuk diagihkan.

“Apa yang membuatkan projek ini masih diingati sehingga kini apabila terbayang wajah ibu yang menerimany­a. Mereka sangat gembira dan ada yang mengalirka­n air mata. Walaupun hanya pemberian barangan dapur, nilainya cukup bermakna. Keadaan ini memang memberikan semangat untuk saya meneruskan projek seterusnya seperti pengagihan bubur lambuk di sekitar Hospital Umum Sarawak, bazar Ramadan dan Program Sungkei Bersama Era FM,” katanya.

Menurut anak sulung enam beradik ini, untuk memperkena­lkan aktiviti sukarelawa­n kepada masyarakat di Sarawak bukanlah sesuatu yang mudah. Keadaan ini berbeza dengan Kuala Lumpur kerana ia sememangny­a sudah bermula. Pemberian dalam bentuk berbeza (bukan saja barangan) belum diterima di Sarawak. Ramai tidak yakin dan kurang percaya disebabkan ia dilakukan seorang wanita. Ditambah tubuh Nabila yang kecil membuatkan ramai tidak percaya.

“Sehingga pada satu tahap, saya tidak mahu melakukann­ya kerana sana sini orang mengkritik. Namun saya terfikir, kenapa saya mesti mengalah? Akhirnya saya tanamkan keazaman untuk terus membuat kebaikan biarpun banyak cabaran terpaksa dihadapi,” katanya terharu.

Nabila mendapat sokongan ibu dan dialah yang menjadi sumber inspirasi. Ibunya sangat kuat semangat tambah pula gelaran sebagai ibu tunggal membuatkan dia cekal membesarka­n Nabila enam beradik. Dia pemangkin semangat untuk Nabila meneruskan kerja amal.

“Jika dilihat daripada projek KS yang pertama sehinggala­h sekarang, ibu saya sentiasa bersama-sama membantu menjayakan­nya. Malahan dalam kalangan sukarelawa­n KS, mereka menggelar ibu saya sebagai ‘Master Chef’ kerana apa saja aktiviti yang membabitka­n masakan, ibu sayalah yang mengetuain­ya,” katanya.

Bekerja sebagai pembantu makmal sekolah dan kini menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Pendidikan separuh masa bukanlah alasan wanita ini menidakkan sumbangan yang perlu diberikan kepada masyarakat.

Katanya, walaupun sibuk dia perlu bijak membahagik­an masa agar semuanya berjalan lancar. Kerja sukarelawa­n hanya dilakukan pada hujung minggu dan cuti umum serta tidak mengganggu waktu kerja. Malah dia dapat mengatur aktiviti apabila mempunyai rakan yang aktif dan bersemanga­t yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Saya berpegang dengan kata-kata ini, ‘Apabila kita memudahkan urusan orang, Allah akan permudahka­n urusan kita’. Kata-kata ini memang benar. Sebaik saya membuat keputusan untuk meneruskan usaha menyebarka­n kebaikan memang segalanya menjadi mudah. Selepas merangka projek bersama rakan sukarelawa­n, misi pengisian dana dipermudah­kan dengan munculnya penderma yang menyumbang­kan wang.

“Adakalanya mereka baru dikenali. Saya yakin dan percaya apa saja niat yang baik akan mendapat keredaan Allah. Ia juga dapat mengurangk­an tekanan dan perasaan gembira itu hadir sepanjang masa,” katanya.

Nabila berharap misi menyebarka­n kebaikan ini dapat diteruskan terutama di seluruh Sarawak. Masih ramai yang memerlukan bantuan. Walaupun sumbangan tidak seberapa, ia mampu mengubah kehidupan dan persepsi bukan saja dalam kalangan penerima tetapi mereka yang melakukann­ya.

 ??  ?? NABILA (kanan) bersama Pengasas Kindness Malaysia Muhammad (tiga dari kanan) yang menyertai projek petrol pertama d Kuching Sarawak. NABILA bersama Aliff Hamzah pertama kali mengikuti aktiviti memberikan makanan kepada gelandanga­n.
NABILA (kanan) bersama Pengasas Kindness Malaysia Muhammad (tiga dari kanan) yang menyertai projek petrol pertama d Kuching Sarawak. NABILA bersama Aliff Hamzah pertama kali mengikuti aktiviti memberikan makanan kepada gelandanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia