Harian Metro

Perkahwina­n paling meriah tahun ini

-

Johor Bahru: Majlis perkahwina­n puteri tunggal Sultan Johor, detik yang dinanti-nantikan rakyat Johor selain diibaratka­n sebagai perkahwina­n paling meriah di negeri ini pada tahun ini.

Rasa syukur rakyat Johor dizahirkan apabila mereka tidak ketinggala­n menonton tayangan langsung istiadat persanding­an Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim bersama suami Dennis Muhammad Abdullah menerusi skrin digital gergasi ditempatka­n di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini, semalam.

Tinjauan di Dataran Bandaraya mendapati penduduk mula memenuhi ruang legar dataran pada jam 7.30 malam untuk menyaksika­n secara langsung istiadat bersejarah berkenaan.

Segelintir penduduk datang bersama keluarga, bersama pasangan termasuk rakan bagi melihat sendiri proses dan upacara Istiadat Perkahwina­n Diraja Johor.

Rata-rata pengunjung ditemui mengucapka­n perasaan teruja mereka selain menzahirka­n kata tahniah kepada pasangan pengantin berkenaan.

Pekerja swasta, Manja Zainuddin, 29, yang datang bersama ibunya, Adib Abu Bakar, 57, berkata ia kali pertama mereka menyaksika­n istiadat berkenaan.

“Memang kami sudah rancang datang ke sini sejak seminggu lalu.

“Saya menerima makluman berkaitan majlis ini menerusi laman sosial facebook dan memang sentiasa mengikuti perkembang­an keluarga kerabat,” katanya.

Pasangan diraja itu diraikan di Bilik Singgahsan­a Istana Besar Johor Bahru, istiadat bermula 8.35 malam semalam.

Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu.

Pengantin perempuan mengenakan baju kurung Teluk Belanga manakala pengantin lelaki mengenakan baju Melayu Teluk Belanga.

Berangkat ke istiadat terbabit Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, kerabat serta rakan terdekat.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Tunku Idris, Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Kira-kira 1,200 tetamu kenamaan termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menghadiri majlis itu.

Istiadat merenjis dan menepung tawar dimulakan Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha diikuti Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Istiadat turut disempurna­kan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tunku Azizah Almarhum Sultan Iskandar serta Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda.

Istiadat kemudianny­a diakhiri dengan bapa dan ibu Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.

 ??  ?? DENNIS Muhammad menyarung cincin ke jari Tunku Tun Aminah. ORANG ramai melihat skrin besar perkahwina­n Tunku Tun Aminah di Bangunan MBJB. DENNIS Muhammad mengucup dahi Tunku Tun Aminah selepas Istiadat Akad Nikah yang berlangsun­g di Istana Bukit...
DENNIS Muhammad menyarung cincin ke jari Tunku Tun Aminah. ORANG ramai melihat skrin besar perkahwina­n Tunku Tun Aminah di Bangunan MBJB. DENNIS Muhammad mengucup dahi Tunku Tun Aminah selepas Istiadat Akad Nikah yang berlangsun­g di Istana Bukit...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia