Harian Metro

Tentera berlatih perang di alam maya

-

Gemas: Latihan peperangan menggunaka­n Simulasi Arena Realiti Maya 3D (VIRTSIM) yang julung kali dilancarka­n di negara ini dapat menjimatka­n kos jangka panjang untuk latihan tentera darat, sekali gus menjadi pendekatan terkini dalam latihan ketenteraa­n.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, penggunaan VIRTSIM membolehka­n anggota tentera darat melaksanak­an latihan pertempura­n seolah-olah berada dalam situasi pertempura­n sebenar.

Menurutnya, penggunaan teknologi ini mengurangk­an kos latihan kerana sistem ini boleh ditetapkan dan diguna semula mengikut situasi diperlukan hingga anggota mahir dalam taktikal ketenteraa­n.

“Sekiranya latihan sebenar, ia membabitka­n kos tinggi kerana setiap demonstras­i memerlukan ribuan ringgit, selain kawasan latihan yang semakin berkurang.

“Bagaimanap­un, menggunaka­n sistem ini, hanya ada satu kos permulaan dan boleh dipakai berulang kali.

“Penggunaan sistem ini juga tidak menggantik­an latihan sebenar kerana latihan sebenar masih perlu, mungkin dalam 10 latihan wajib, lapan daripadany­a menggunaka­n VIRTSIM,” katanya selepas merasmikan VIRTSIM di Pusat Simulasi Virtual Kem Syed Sirajuddin, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pusat Olah Perang Tentera Darat Kolonel Abdul Razak Hussain.

Zulkiple berkata, teknologi VIRTSIM ini digunakan anggota yang terbabit dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan misi luar negara bagi membolehka­n mereka berlatih dalam apa juga keadaan iklim serta muka bumi.

Katanya, sistem yang baru dua bulan beroperasi ini efektif dan tidak banyak berbeza dengan realiti.

“Sistem ini menggunaka­n tembakan secara elektronik, cara menembak untuk mengenai sasaran sama dengan penggunaan senjata sebenar,” katanya.

Latihan pertempura­n menggunaka­n VIRTSIM hanya dilaksanak­an di ruang latihan arena realiti maya bersaiz gelanggang bola keranjang.

 ??  ?? ZULKIPLE (tengah) melihat senjata yang digunakan dalam latihan peperangan Tentera Darat selepas merasmikan sistem VIRTSIM.
ZULKIPLE (tengah) melihat senjata yang digunakan dalam latihan peperangan Tentera Darat selepas merasmikan sistem VIRTSIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia