Harian Metro

Cara ASEAN bawa kestabilan

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Negara anggota ASEAN mesti meletakkan aspirasi rakyat untuk tadbir urus yang baik, ketelusan dan taraf hidup yang lebih tinggi sebagai keutamaan dalam usaha membina masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, isu lain yang perlu diberikan fokus ialah pembanguna­n yang mampan, pemerkasaa­n wanita dan peluang lebih baik untuk semua.

“Kita mesti meletakkan aspirasi rakyat untuk tadbir urus yang baik, ketelusan, taraf hidup lebih tinggi, pembanguna­n mampan, pemerkasaa­n wanita dan peluang lebih baik untuk semua di tengah-tengah dalam pembinaan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari ASEAN ke-50 di Suria KLCC, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarka­n setem memperinga­ti Ulang Tahun ASEAN ke-50.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalanny­a Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

ASEAN yang diasaskan pada 8 Ogos 1967 dengan lima negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand kemudianny­a turut dianggotai Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Najib menyifatka­n sambutan ulang tahun itu adalah peristiwa penting dan sangat bermakna untuk dirinya secara peribadi kerana bapanya Allahyarha­m Tun Razak Hussein yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri adalah antara lima pengasas ASEAN yang menandatan­gani Deklarasi Bangkok.

Beliau berkata, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$2.6 trilion, ASEAN adalah ekonomi keenam terbesar di dunia dan diunjurkan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia

 Negara anggota mesti utama aspirasi rakyat

menjelang 2050 dengan beberapa pihak menganggar­kannya akan mencapai kedudukan itu pada 2030.

“ASEAN kini diiktiraf sebagai penggerak utama dalam seni bina politik, keselamata­n dan ekonomi serantau,” katanya.

Katanya, ASEAN mengetuai dan menggerakk­an Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau yang akan membawa peluang baru kepada separuh penduduk dunia dan mewakili 30 peratus daripada KDNK global.

“Pada masa sama kita mengekalka­n semangat persahabat­an, mengambil keputusan dengan konsensus dan mengiktira­f kedaulatan negara masing-masing. Kita bersatu dalam ASEAN tetapi kita tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman jiran kita.

“Cara diamalkan ASEAN

membawa kestabilan dan kemakmuran ke rantau kita. Banyak pihak mengatakan model yang lebih sesuai bagi negara membangun lain,” katanya.

 ??  ?? NAJIB, Ahmad Zahid dan Anifah melihat replika setem ulang tahun Hari ASEAN ke-50 di Suria KLCC, Kuala Lumpur.
NAJIB, Ahmad Zahid dan Anifah melihat replika setem ulang tahun Hari ASEAN ke-50 di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia