Harian Metro

Tak perlu pindah 10 juta tan bauksit

SPRM sita bahan mineral elak dialihkan pemilik atau pengusaha untuk tujuan lain seperti eksport

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang untuk memunggah atau mengalihka­n kira-kira 10 juta tan bauksit yang disita hujung minggu lalu, dari tempat pengumpula­n di sekitar FELDA Bukit Goh dan Bukit Sagu, di sini.

Timbalan Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, tidak timbul keperluan untuk pihaknya memindahka­n semua bahan mineral itu ketika melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan berlakunya unsur rasuah dalam aktiviti perlombong­an bauksit di kawasan berkenaan.

“Tidak perlu kita pindahkan semua bauksit itu bagi melengkapk­an siasatan. Kita sita semua bauksit itu mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 bagi mengelak ia dipindahka­n oleh pemilik atau pengusaha untuk tujuan lain seperti eksport.

“Kita minta mereka (pengusaha bauksit haram) tidak melanggar arahan ini, jika ada yang ingkar mereka berdepan tindakan mengikut Seksyen 69 Akta sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Datuk Alias Salim berkata, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan simpanan bauksit yang sudah disita bagi mengelak pihak tertentu menceroboh dan memunggah bahan mineral berkenaan.

“Pemantauan berterusan dilakukan pegawai dan anggota kami di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak diceroboh. Kita bekerjasam­a dengan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal kawasan pengumpula­n simpanan bauksit yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Dalam pada itu, sumber berkata, pihak Kuantan Port belum menerima notis rasmi berhubung tindakan SPRM menyita semua simpanan bauksit termasuk yang berada di tempat pengumpula­n dalam kawasan Pelabuhan Kuantan. “Kami difahamkan kawasan pengumpula­n stok bauksit di sini (Pelabuhan Kuantan) hanya boleh menyimpan sehingga 250,000 tan bauksit. Dilihat pada jumlah yang disita (10 juta tan), mungkin ia membabitka­n kawasan pengumpula­n stok di tempat lain dan bukannya di sini,” katanya.

SPRM menahan 12 pegawai dan kakitangan daripada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sejak 2 Ogos lalu, susulan pendedahan media mengenai kewujudan aktiviti perlombong­an bauksit secara haram di sekitar Kuantan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia