Harian Metro

368 PELAJAR ‘TERGANGGU’

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Murid SK Jabi pulang awal banjir teruk melanda

Alor Setar

Sesi pembelajar­an murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, di sini, terganggu apabila semua kelas di tingkat bawah blok bangunan sekolah itu dipenuhi air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat, sejak awal pagi semalam.

Berikutan itu, seramai 368 murid tahun satu hingga enam sekolah berkenaan dibenarkan pulang awal pada jam 11 pagi disebabkan mereka tidak dapat belajar dalam keadaan selesa.

Tinjauan mendapati kawasan sekolah itu ditenggela­mi air sedalam satu meter namun kenderaan guru sekolah yang diparkir di hadapan sempat dialihkan sebelum kawasan itu dipenuhi air.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit, Zakaria Ismail berkata, ini kali kedua banjir kilat melanda sekolah itu dalam minggu ini yang dipercayai berpunca akibat sistem perparitan tidak sempurna selain projek pembinaan lebuh raya yang masih belum siap.

Beliau berkata, masalah itu sebelum ini pernah diajukan beberapa kali kepada pihak berkenaan sejak lima tahun lalu namun tiada jalan penyelesai­an.

“Kawasan kilang berhampira­n sekolah juga tidak mempunyai sistem perparitan yang baik menyebabka­n air parit tidak dapat mengalir dengan baik dan apabila hujan lebat, ia menyebabka­n banjir kilat.

“Pada mulanya, semua murid di tingkat bawah dipindahka­n sementara ke kelas di tingkat atas, namun selepas air naik setinggi hampir satu meter, akhirnya guru besar membenarka­n mereka pulang awal pada jam 11 pagi kerana bimbang keadaan bertambah buruk,” katanya.

Dalam pada itu, banjir kilat turut menyebabka­n dua daerah iaitu Kota Setar dan Kuala Muda dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut beberapa jam kemudian.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata, di Kota Setar, kawasan yang terbabit dengan banjir kilat adalah di Bukit Pinang, Kepala Batas, Jalan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang, Jalan Taman Pinang Emas dan Jalan

Taman Sirih

Selain itu, kawasan Pokok Sena pula membabitka­n SK Jabi, Kampung Padang Temusu, Kampung Bukit Payung, Kampung

Kedundong manakala di Kuala Kedah pula membabitka­n kawasan

Pekan Kuala Kedah Jeti Kuala Kedah dan Jalan Jambatan

Tok Pasai di sini.

“Bagaimanap­un, tiada pusat pemindahan dibuka dan banjir terjadi akibat sistem perparitan yang kecil dan tersumbat sehingga mengakibat­kan air melimpah ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, hujan lebat sejak pagi semalam turut menyebabka­n beberapa kawasan ditenggela­mi air yang menyebabka­n banjir kilat di sembilan kampung iaitu Kampung Tepi Sungai, Kampung Sungai Deraka, Kampung Haji Kudong, Kampung Bukit Meriam, Kampung Kilang Macau, Kampung Paya Suri, Kampung Simpang Tiga Pasir, Kampung Nelayan, Tanjung Dawai dan Kampung Padang Tok Sora.

Beliau berkata, kejadian banjir kilat itu turut membabitka­n 736 mangsa dari 196 keluarga sehingga jam 4 petang semalam, namun tiada pusat pemindahan dibuka.

 ??  ?? MURID Sekolah Kebangsaan Jabi mengharung­i air menggunaka­n kerusi ketika pulang ke rumah masing-masing.
MURID Sekolah Kebangsaan Jabi mengharung­i air menggunaka­n kerusi ketika pulang ke rumah masing-masing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia