Harian Metro

Cemburu pisau sayur

- Mohd Ruzaini Zulkepli hmkk@hmetro.com.my

 Tukang masak warga asing tikam kekasih di tepi jalan selepas bertengkar

Angkara cemburu, seorang remaja perempuan warga asing cedera ditikam teman lelakinya menggunaka­n pisau pemotong sayur dalam kejadian di tepi jalan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Jalan Tun Fuad Stephen, Luyang, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3.25 petang, mangsa berusia 16 tahun itu terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala dan leher (tiga jahitan) akibat kecederaan selepas diserang suspek berusia 20 tahun yang juga lelaki warga asing di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek terdahulu disyaki meminum minuman keras dan bertemu mangsa di tepi jalan berhampira­n lokasi kejadian sebelum berlaku pertengkar­an.

“Suspek dipercayai bertemu mangsa yang juga tukang masak di gerai berhampira­n Taman Tun Fuad, Bukit Padang itu di lokasi berkenaan.

“Difahamkan, suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol itu kemudian menyerang mangsa dengan menggunaka­n pisau pemotong sayur berukuran 23.36 sentimeter (sm).

“Akibat serangan itu, mangsa rebah di jalan raya sebelum diselamatk­an orang awam yang berada di lokasi terbabit dan siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan cemburu,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dengan bantuan orang ramai itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera dilaporkan menerima beberapa jahitan di kepalanya namun sudah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

“Suspek yang ditahan itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sehingga Khamis ini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kata Chandra, polis turut menahan majikan mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun kerana disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah.

“Majikan mangsa kini turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959,” katanya.

“Mangsa juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 selepas dia didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK terbaring selepas
ditangkap orang awam.
SUSPEK terbaring selepas ditangkap orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia