Harian Metro

BAKAR MAYAT DALAM KERETA Didenda subahat tipu iklan pinjam wang

-

BMW, bulan lalu.

Katanya, empat lelaki ditahan susulan kejadian itu bagaimanap­un dua daripada mereka dibebaskan.

“Seorang dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah dan seorang lagi dibebaskan tanpa sebarang syarat selepas siasatan dibuat,” katanya.

Katanya, dua lagi lelaki dihadapkan ke mahkamah, selepas menerima arahan tuduh apabila kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya.

“Identiti mangsa dikenal pasti selepas ujian perbanding­an DNA dijalankan dengan waris iaitu ibu dan kakak kandungnya.

“Pasukan siasatan JSJ Johor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berjaya menyelesai­kan kes bunuh ini sebelum identiti mangsa disahkan lagi dan dikenal pasti melalui ujian DNA.

“Cubaan suspek menghapusk­an bukti perlakuan jenayah dengan membakar mangsa dalam kereta gagal hasil siasatan menyeluruh polis,” katanya.

 Dua sahabat dituduh bunuh rakan sendiri sebelum cuba hapus bukti dengan membakar mangsa dalam kenderaan mewah

Seremban: Seorang lelaki didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam selepas didapati bersalah membenarka­n akaun banknya digunakan untuk tujuan penipuan iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook (FB).

Hukuman itu dijatuhi Majistret Nurulfitri­za Abd Latif selepas pemandu peribadi, Syed Ahmad Nashrul Sayed Othman, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menolong menyembuny­ikan harta curi iaitu wang tunai RM500 di sebuah rumah di Jalan TS2/1D, Taman Semarak, Nilai, pada 9 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa menghubung­i seorang lelaki dikenali sebagai Martin untuk bertanya mengenai pinjaman peribadi berjumlah RM30,000 selepas melihat iklan itu di FB.

Mangsa kemudian memasukkan wang RM500 ke dalam akaun bank Hong Leong atas nama tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam R Kanapathy.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Ahmad Nashrul dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
SYED Ahmad Nashrul dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia