Harian Metro

Maut dirempuh lori bawa cat

-

Suri rumah terbunuh selepas kereta Honda City yang dinaiki dirempuh lori membawa muatan tin cat yang datang dari belakang di Persimpang­an Lampu Isyarat, di Taman Tas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa V Santha, 47, berasal dari Lorong Sri Kuantan, Taman Intan, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Superinten­dan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, mangsa bersama anaknya S Ananthan, 25, yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Maran sebelum berhenti di persimpang­an lampu isyarat.

“Pada masa sama, lori yang dipandu Shaifulniz­am Saaid, 35, datang dari belakang tidak sempat berhenti lalu melanggar belakang kenderaan dinaiki mangsa,” katanya.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, Santha maut di tempat kejadian manakala Ananthan mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk mendapatka­n rawatan.

Katanya, seorang lagi anak mangsa S Paavithra, 22, yang duduk di bahagian penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua mangsa yang tersepit dikeluarka­n oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas,” katanya.

Katanya, polis akan bertemu dengan Ananthan untuk mengambil keterangan lanjut berhubung kemalangan berkenaan.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia