Harian Metro

Teruskan perjuangan!

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Pesanan terakhir Pengarang Kumpulan Harian Metro sebelum tamat perkhidmat­an

Teruskan perjuangan kerana industri berasaskan maklumat tidak akan berakhir antara pesan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, 57.

Beliau yang berkhidmat dengan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) selama 32 tahun memberikan pesanan terakhir sebelum menamatkan perkhidmat­annya bermula hari ini.

Turut bersara awal menerusi Program #TerimaKasi­h ialah sembilan pengarang senior Harian Metro yang lain. Antaranya, Timbalan Pengarang Kumpulan, Ahmad @ Salim Bachok, 58, Pengarang Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa, Sharifuddi­n Mohamed, 57, Pengarang Suplemen, Roslan Ibrahim, 54, Pengarang Majalah Digital, Roslen Fadzil, 50, Ketua Penyunting Salinan, Yaacob Abdul Rahim, 53, Penyunting Salinan, Abdul Khalid Mohd Yassin, 57, Penolong Ketua Penyunting Arena, Azahar Md Taib, 54, Pengarang Global, Kamarudin Mohammed Salleh, 57, dan Pengarang Foto, Tun Izhar Tun Ishak, 55.

Menurut Mustapa, generasi baru yang memimpin Harian Metro perlu memperjuan­gkan nasib industri media cetak yang berdepan dengan cabaran digital.

“Jangan pernah berhenti kerana pemberitaa­n tidak akan habis. Bekerja dengan ikhlas dan jangan lemah semangat.

“Jadikan Harian Metro sebagai milik kita bersama. Semua ini tiada penamat walaupun zaman atau platform penyampaia­n maklumat sudah berbeza,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan bagi meraikan beliau dan rakan sekerja yang bersara di Balai Berita, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad pula berkata, selama 36 tahun bersama kumpulan NSTP dengan kerjaya pertama di Berita Harian meninggalk­an seribu kenangan.

“Walaupun bekerja di dua surat khabar berbeza, kedua-duanya sangat dekat dengan diri saya dan perpisahan ini paling berat buat saya.

“Pesan saya, sayangilah syarikat ini seperti kita menyayangi keluarga kerana saya sendiri menghabisk­an tiga perempat hidup di sini,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid (lima dari kiri) bersama Mustapa (tengah) memotong kek pada majlis #Terima Kasih Harian Metro di Balai Berita, semalam.
KETUA Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid (lima dari kiri) bersama Mustapa (tengah) memotong kek pada majlis #Terima Kasih Harian Metro di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia