Harian Metro

Guna bas baru lancarkan pergerakan

-

Jeddah: Bagi memastikan kelancaran pergerakan membawa jemaah pada musim haji kali ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menggunaka­n bas baru berusia satu hingga tiga tahun.

Pengurus Pusat Panggilan Kecemasan Lebuhraya (PPKL) Shafie Sharif berkata, pihaknya mendapatka­n bas baru dengan paling lama berusia tiga tahun bagi membawa jemaah.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakka­n kelewatan jika bas mengalami kerosakan terutama bagi perjalanan dari Madinah ke Makkah.

Menurutnya, pasukan peronda lebuh raya bertanggun­gjawab memastikan kelancaran perjalanan jemaah dari Jeddah ke Makkah, Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Makkah.

“Pusat panggilan kita akan memantau pergerakan bas dan akan melaporkan­nya jika berlaku kerosakan dan kelewatan serta menggantik­an bas yang rosak.

“Tahun ini, kita meminta syarikat pembekal menyediaka­n bas yang lebih baik iaitu model keluaran 2017, 2016 dan 2015,” katanya di Pusat Operasi Ar-Rayyan, di sini.

Katanya, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz Jeddah ke Makkah sejauh 97 kilometer mengambil masa dua hingga tiga jam.

Bagi perjalanan dari Madinah ke Makkah pula sejauh 424 kilometer mengambil masa tujuh hingga lapan jam.

Beliau berkata, TH juga menetapkan bas membawa jemaah ke Makkah dari Madinah perlu berhenti di kawasan ditetapkan bagi membolehka­n bas dan jemaah berehat selama jam.

“Berdasarka­n pengalaman jika bas tidak berhenti, mudah berlaku kerosakan dan ada juga bas yang hanya digunakan pada musim haji.

“Ketika bas berhenti rehat, jemaah turut dibekalkan dengan makanan dan minuman,” katanya.

Setakat 7 Ogos lalu, TH sudah menggunaka­n 180 bas bagi membawa jemaah dari Madinah ke Makkah dan 116 bas lagi digunakan dari Jeddah ke Makkah.

Shafie berkata, PPKL mempunyai dua pasukan dianggotai tiga orang setiap satu yang bertugas di laluan Jeddah-Makkah dan Madinah-Makkah.

Menurutnya, bagi tugasan fasa dua pula, anggota PPKL akan fokus kepada tugasan operasi masyair bagi membawa jemaah ke Arafah, Mina dan Muzdalifah.

 ??  ?? BAS membawa jemaah haji dari Madinah ke Makkah berhenti rehat di stesen ditetapkan.
BAS membawa jemaah haji dari Madinah ke Makkah berhenti rehat di stesen ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia