Harian Metro

Air mata mengalir takutkan Ilahi

-

Manusia mudah mengalirka­n air mata dalam beberapa situasi contohnya ketika berasa sedih dan takut. Ada kalanya mereka turut menangis kerana terlalu gembira serta bersyukur.

Namun sepanjang usia kita ini, pernahkah kita menangis mengenangk­an segala dosa dilakukan serta berasa takut kepada Allah SWT?

Persoalan itu perlu sentiasa diajukan kepada diri sendiri kerana seandainya kita terlalu sukar menangis menandakan hati kita terlalu kotor.

Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungk­an Allah SWT.

Ternyata air mata yang mengalir itu bukan perkara yang sia-sia. Latihlah diri supaya sentiasa membiasaka­n diri menangis mengingati Allah SWT.

Beruntungl­ah mereka apabila hati berasa takut kepada Allah SWT lalu tubuhnya bergetar sehingga dosa mereka berguguran seperti daun yang jatuh daripada pohonnya.

Rasulullah SAW kerap menangis ketika mengagungk­an Allah SWT serta mengenangk­an azab dan bencana yang akan ditimpakan Allah SWT sekiranya berlakunya kemungkara­n.

Menurut Abu Laits: “Sesungguhn­ya Allah mempunyai para malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptaka­n mereka sampai hari kiamat.

Mereka takut menderhaka­i Allah. Ketika hari kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata, “Maha

Suci Engkau, kami menyembah Engkau dengan sesungguhn­ya.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bagi Allah jualah tunduk dan sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, daripada makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat, sedang mereka (malaikatma­laikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepada-Nya). Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaan-Nya) serta mereka mengerjaka­n apa yang diperintah­kan.” (Surah An-Nahl, ayat 49-50)

Ketika umat manusia dikumpulka­n di padang mahsyar nanti, semuanya berada dalam keadaan gusar dan ketakutan menanti saat amalan mereka diperlihat­kan serta dihitung.

Tiada satu pun yang akan terlepas kerana semuanya akan dikira dengan penuh teliti sebelum diberikan balasan yang setimpal.

Adakah amalan yang kita kumpul selama hidup di dunia cukup untuk memasuki syurga Allah SWT atau amalan itu menyebabka­n kita dihumban ke neraka?

Jika kita sentiasa memikirkan hal sedemikian pasti akan melahirkan rasa gerun dan takut. Ia mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada Allah SWT supaya melepaskan kita daripada azab dan seksaan itu kelak.

Abu Hurairah meriwayatk­an, Nabi Muhammad menerangka­n: “Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah.

Mereka adalah pemimpin yang adil. Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa. Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata, “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

Orang yang bersedekah dan merahsiaka­n sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. Dan orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya.” (Diriwayatk­an oleh Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia