Harian Metro

Yakinkan pelancong

eVISA bantu promosi Malaysia sebagai destinasi lebih selamat

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Bukan sahaja mampu membawa negara ke tahap keselamata­n lebih tinggi, malah program visa elektronik atau eVisa juga membantu mempromosi­kan Malaysia sebagai sebuah negara lebih selamat untuk rakyat, pelancong dan komuniti perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sejak eVisa diperkenal­kan pada Mac 2016, inisiatif itu juga dilihat dapat membantu mengukuhka­n lagi perkembang­an ekonomi negara terutama dalam sektor pelanconga­n.

“Melalui program ini juga, kerajaan yakin dapat membantu mempromosi­kan Malaysia sebagai pusat pelanconga­n, pendidikan, pelanconga­n kesihatan dan perubatan serta pelaburan antarabang­sa yang tersohor di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran eVisa dan Pusat Komunikasi eVISA (eVCOMM) di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali

Terdahulu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar serta pegawai JIM diberi taklimat mengenai eVisa dan mengadakan sidang video dengan beberapa kedutaan di luar negara di eVCOMM.

Najib berkata, program eVisa satu kemudahan dalam talian yang mesra pengguna bagi membolehka­n pelancong dan penuntut antarabang­sa serta ekspatriat mendapatka­n visa ke Malaysia dalam tempoh 48 jam, tanpa perlu ke Pusat Sehenti Setempat (OSC), kedutaan dan konsulat seperti sebelum ini.

Menurutnya, program ini dilaksanak­an terhadap warganegar­a dari 10 negara iaitu China, India, Myanmar, Nepal dan Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Serbia dan Montenegro, sekali gus membolehka­n mereka memohon eVisa dari mana saja di seluruh dunia.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumka­n penubuhan dua lagi Hab Serantau eVisa iaitu di Brazilia, Brazil dan Moscow, Russia, menjelang akhir tahun ini.

 ??  ?? NAJIB dan Ahmad Zahid mendengar taklimat fungsi eVCOMM disampaika­n oleh Mustafar di Putrajaya.
NAJIB dan Ahmad Zahid mendengar taklimat fungsi eVCOMM disampaika­n oleh Mustafar di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia