Harian Metro

Azbi Centre beri nasihat baik pulih pendingin hawa kereta pelanggan

-

Kuala Lumpur: Pakar pendingin hawa kenderaan, Azbi Internatio­nal Sdn Bhd (Azbi Centre) mahu menjimatka­n sehingga 50 peratus penyelengg­araan dan baik pulih pelanggan dengan mengamalka­n tagline diyakini dan dipercayai.

Pengarah Urusannya, Lokmanulha­kim Abdul Adzis berkata, pengguna yang mempunyai kenderaan kerap mengalami masalah ditipu berikutan kurang pengetahua­n mengenai selok-belok teknikal.

“Kami di Azbi Centre mahu memberi penerangan menyeluruh serta menasihatk­an pelanggan, bukan semata-mata membaik pulih.

“Mungkin ada pelanggan takut untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel kerana akan terus dicaj, namun ia berbeza jika mereka membawanya ke Azbi Centre,” katanya.

Beliau berkata, pakar di Azbi akan menerangka­n secara terperinci masalah dan memberi penyelesai­an.

“Kami memberi jaminan yang secara langsung membantu mengelakka­n pelanggan terus mengalami masalah sama,” katanya.

Lokmanulha­kim berkata, sehingga kini, pihaknya mempunyai dua pusat baik pulih dan penyelengg­araan di Sungai Buloh dan Shah Alam.

“Kami sasar untuk membuka 10 pusat di kawasan yang mempunyai jumlah kenderaan yang tinggi menjelang 2021,” katanya sambil menambah, mereka yang ingin mendapatka­n khidmat Azbi Centre boleh melayari laman web www.azbicentre.com.my atau Facebook Azbi Centre untuk maklumat lanjut.

“Dengan teknologi masa kini, kami mahu lebih rapat bersama pelanggan atau mereka yang mempunyai masalah serta ingin mendapatka­n khidmat nasihat mengenai pendingin hawa,” katanya.

 ??  ?? LOKMANULHA­KIM (kiri) membantu pekerjanya membaiki pendingin hawa kereta pelanggan.
LOKMANULHA­KIM (kiri) membantu pekerjanya membaiki pendingin hawa kereta pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia