Harian Metro

Bina loji tenaga solar terbesar

TNB dapat kemudahan pembiayaan RM339j selaras hasrat jadi peneraju utama RE di ASEAN

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya mendapat kemudahan pembiayaan RM339 juta bagi projek solar berskala besar (LSS) pertama Malaysia di kawasan seluas 97 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.

Syarikat utiliti itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Sepang Solar Sdn Bhd (TSS) dan Affin Islamic Bank Bhd memuktamad­kan pembiayaan projek berkenaan.

Naib Presiden (Usaha Niaga Tenaga) TNB, Datuk Nor Azman Mufti berkata, bank itu akan memberi kemudahan pembiayaan dan modal kerja sebanyak RM339 juta.

Katanya, projek itu sebagai perangsang kepada aspirasi TNB untuk muncul peneraju tenaga boleh diperbahar­ui (RE) di Malaysia.

“Sepertiman­a kebanyakan syarikat utiliti di dunia yang beralih kepada RE, TNB berhasrat menjadi peneraju RE di ASEAN menjelang 2025,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, Affin Bank Group gembira bekerjasam­a dengan TNB dan TSS bagi melaksanak­an inisiatif kerajaan mewujudkan projek tenaga lestari yang lebih besar.

Perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) bagi projek terbabit dimeterai antara TNB dan TSS pada awal Mac 2017.

TSS adalah syarikat tujuan khas untuk projek berkenaan dan dianugerah­kan projek itu oleh Suruhanjay­a Tenaga menerusi langkah bidaan yang kompetitif.

Di bawah SPPA selama 21 tahun, TSS akan membekalka­n tenaga kepada TNB menerusi grid kebangsaan daripada projek 50 megawatt LSS yang memulakan operasi komersial pada November 2018.

Apabila siap kelak, projek LSS itu akan menjadi tapak solar terbesar negara.

 ??  ?? NOR Azman (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Kamarul Ariffin selepas memeterai perjanjian antara TSS dan Affin Islamic Bank, semalam.
NOR Azman (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Kamarul Ariffin selepas memeterai perjanjian antara TSS dan Affin Islamic Bank, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia