Harian Metro

PGB catat peningkata­n untung sebelum cukai RM537.13 juta

-

Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatka­n peningkata­n dalam keuntungan sebelum cukai RM537.13 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017, berbanding RM497.76 juta pada tahun lalu berikutan keuntungan dan margin kasar yang lebih tinggi dalam semua segmen.

Bagaimanap­un, keuntungan itu diimbangi kenaikan kos operasi dalam segmen utiliti, termasuk bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada usaha sama.

Pendapatan bagi suku kali ini menokok kepada RM1.17 bilion daripada RM1.12 bilion disebabkan prestasi operasi kemudahan dan loji yang lebih kukuh serta harga dan volum jualan utiliti yang melonjak.

“Kumpulan terus mencatatka­n prestasi operasi loji dan kemudahan yang unggul bagi memenuhi komitmen kepada pelanggan, dengan kebolehper­cayaan bagi pemprosesa­n dan pengangkut­an gas serta segmen regasifika­si berada pada tahap lebih 95 peratus,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sementara itu, segmen utiliti mencatat jumlah pengeluara­n lebih tinggi, seiring dengan peningkata­n permintaan dan harga jualan serta kebolehper­cayaan loji yang memberangs­angkan bagi suku berkenaan.

Melangkah ke hadapan, PGB menjangkak­an prestasi kekal stabil walaupun di tengah-tengah persekitar­an ekonomi yang mencabar disebabkan sokongan aliran pendapatan yang kukuh daripada beberapa perjanjian merangkumi pemprosesa­n, pengangkut­an gas dan perkhidmat­an regasifika­si gas yang telah ditandatan­gani dengan Petronas. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia