Harian Metro

Padah beri rujukan buruk

Syarikat diarah bayar ganti rugi RM12.67j selepas bekas pekerja tidak dapat pekerjaan

-

Sebuah Mahkamah Tinggi di sini kelmarin mengarahka­n sebuah syarikat membayar ganti rugi S$4.03 juta (RM12.67 juta) kepada bekas pekerjanya selepas rujukan yang buruk menyebabka­n dia tidak mendapat pekerjaan.

Ramesh Krishnan bekerja dengan AXA Life Insurance Singapore sebagai penasihat dan ejen dari 2005 hingga 2011, memenangi rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang menolak saman malu dan cuai terhadap bekas majikannya itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, George Wei merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan AXA melanggar tugas menjaga dalam memberi semakan rujukan untuk Krishnan kepada Prudential Assurance Company Singapore di mana lelaki itu memohon pekerjaan.

Syarikat itu juga melakukan perkara yang sama dalam memberi semakan rujukan kepada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) yang mengawal industri insurans.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalu mendapati rujukan itu tidak lengkap, mengeliruk­an dan tidak adil.

AXA menyentuh nisbah kekalan pelanggan yang rendah tetapi tidak menyediaka­n maklumat yang mencukupi bagaimana nisbah itu dikira.

Mahkamah juga memutuskan rujukan itu menyebabka­n Prudential tidak mengambil Krishnan bekerja, dan mengarahka­n kes itu kembali ke Mahkamah Tinggi untuk pampasan.

Wei memutuskan bayaran ganti rugi berjumlah S$4.03 juta berdasarka­n kehilangan pendapatan Krishnan yang mungkin dia peroleh sekiranya diambil bekerja oleh Prudential. Krishnan pada mulanya memohon tuntutan ganti rugi berjumlah S$63 juta (RM198 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia