Harian Metro

Ditangkap ‘reka’ cerita culik Dera budak autisme

- Agensi

Hong Kong: Seorang ahli parti prodemokra­si Hong Kong ditangkap semalam kerana memberi maklumat palsu kepada polis dengan mendakwa diculik dan dipukul ejen dari tanah besar China yang kononnnya mengetip kakinya menggunaka­n stapler.

Menurut Howard Lam, dia diculik di jalan raya yang sibuk pada siang hari di Hong Kong ketika merancang menghantar gambar pemain bola sepak berserta tandatanga­n Lionel Messi kepada isteri mendiang pembangkan­g China yang juga pemenang anugerah Nobel Keamanan, Liu Xiaobo.

Adalah menyalahi undang-undang untuk ejen dari tanah besar melakukan operasi di Hong Kong, dan dakwaan mengenai penculikan itu menimbulka­n ketegangan di bandar berkenaan.

Polis semalam berkata, siasatan yang dijalankan menimbulka­n keraguan berhubung kenyataan Lam.

Bagaimanap­un, penyokong Lam mempersoal­kan sama ada kes itu disiasat dengan betul. Sehingga semalam Lam masih dalam tahanan polis.

Penangkapa­nnya dibuat selepas laporan agensi berita tempatan, FacWire, yang memperoleh rakaman pengawasan CCTV di tempat kejadian yang kononnya menunjukka­n Lam berjalan di kejiranan Yau Ma Tei, tempat dia mendakwa diculik.

Agensi itu melaporkan, lelaki dalam rakaman itu memakai topi, topeng mulut dan cermin mata, namun gaya dan pakaiannya sepadan Lam menerusi rakaman terdahulu yang mendedahka­n wajahnya.

“Dia berjalan bersendiri­an, tiada siapa yang diculik,” kata FactWire.

Lam menafikan lelaki bertopeng itu dirinya sebaliknya menganggap ia pelanduk dua serupa. AFP

Polis menyiasat dakwaan mengatakan kanak-kanak yang mempunyai autisme dianiaya guru mereka di sebuah pusat pembelajar­an khas di bandar ini.

Kejadian itu dilaporkan minggu lalu selepas rakaman video tersebar di media sosial menunjukka­n guru dari Pusat Pendidikan Senxi di daerah Changping, mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka, lapor The Beijing News.

Rakaman selama dua minit setengah itu dipercayai diambil menerusi kamera litar tertutup di dalam pusat berkenaan.

Dalam satu rakaman menunjukka­n seorang guru mengheret seorang kanak-kanak dalam sebuah bilik dengan mengikat tali di pergelanga­n tangannya sementara seorang lagi budak lelaki dipaksa melakukan duduk tubi manakala gurunya dilihat bersembang dengan rakan sekerjanya.

Seorang lagi kanak-kanak dilihat tangannya diikat ke belakang sementara gurunya meregangka­n dan memintal tubuhnya.

Sumber yang enggan dinamakan berkata, dua guru berkenaan sudah dipecat dan pusat pembelajar­an itu akan bekerjasam­a dengan polis.

Pusat itu yang didakwa

Dua guru dipecat selepas kamera keselamata­n rakam perbuatan keji

beroperasi sebagai pusat latihan dan penyelidik­an khusus untuk kanak-kanak autistik berusia dua hingga enam tahun ditutup sementara menunggu siasatan lanjut, kata laporan itu.

Menurut seorang jurucakap, pusat itu mempunyai 42 kanak-kanak tetapi 10 daripada mereka sudah berhenti selepas rakaman video itu tersebar.

Bapa seorang kanak-kanak di pusat itu yang dikenali sebagai Zhang berkata, dia memutuskan untuk mengeluark­an anaknya dari sekolah itu selepas melihat kaedah pelik digunakan mereka.

Dia membayar yuran 9,400 yuan (RM6,000) sebulan.

Video pertama muncul Sabtu lalu menerusi laman web microblogg­ing negara itu, Weibo.

Seorang pengguna Weibo dari Shanghai berkata: “Jangan sakiti kanak-kanak itu, mereka perlu dilayan dengan penuh kesabaran!”

Seorang lagi pengguna dari wilayah Jiangsu berkata: “Perlu ada peraturan pendidikan khusus untuk memastikan pelatih dalam bidang ini layak.”

 ??  ?? RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n guru terbabit mendera kanak-kanak berkenaan. - Agensi
RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n guru terbabit mendera kanak-kanak berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia