Harian Metro

Tak jadi tembak Guam

-

Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semalam berkata, dia akan menangguhk­an perancanga­nnya melancarka­n serangan peluru berpandu berhampira­n Guam, tetapi memberi amaran akan berbuat demikian jika Washington terus ‘bertindak terburu-buru.’

Penganalis­is mencadangk­an kenyataan Kim membuka ruang untuk meredakan ketegangan dalam krisis yang disemarakk­an pertukaran kata ancaman antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan Pyongyang.

Terbaru, ‘perang mulut’ mereka memfokuska­n ancaman Korea Utara untuk menembak empat peluru berpandu melintasi Jepun ke wilayah AS, Guam, yang turut mempunyai beberapa pangkalan tentera strategik.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, Kim diberi taklimat mengenai perancanga­n menyerang Guam, Isnin lalu.

Bagaimanap­un, Kim dilaporkan berkata, dia akan ‘memantau lanjut perbuatan bodoh Yankee’ - gelaran untuk orang Amerika - sebelum mengeluark­an sebarang arahan.

China semalam berkata, krisis Korea Utara mencapai titik perubahan dan kini tiba masa untuk membincang­kan damai.

Beijing - sekutu diplomatik utama Pyongyang - berulang kali menggesa AS dan Korea Utara menghentik­an retorik mereka sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap kementeria­n luar, Hua Chunying berkata: “Kami berharap semua pihak terbabit dapat memastikan kata-kata dikeluarka­n selepas ini mampu meredakan ketegangan dan bukan mengapi-apikan perbalahan.” - AFP

 ??  ?? POLIS memeriksa
sisa mayat pengebom berani
mati yang meletupkan diri ketika serbuan di bilik hotelnya di Dhaka, semalam.
- AFP
POLIS memeriksa sisa mayat pengebom berani mati yang meletupkan diri ketika serbuan di bilik hotelnya di Dhaka, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia