Harian Metro

Komprehens­if, modul terkini

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 MSU College tawar program Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Kerjaya dalam bidang teknologi makmal perubatan menyaksika­n permintaan yang semakin meningkat di negara ini.

Peluang kerjaya dalam bidang ini ada ditawarkan di pelbagai institusi termasukla­h hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan awam, pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisoto­pe, makmal penyelidik­an patologi, jabatan pembanguna­n farmaseuti­kal, universiti dan juga bidang perubatan forensik.

Teknologi makmal perubatan ialah satu bidang di mana ilmu sains dan amalan penyelidik­an makmal digunakan untuk membantu dalam diagnosis iaitu menganalis­is serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuha­n.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar khususnya bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan.

MSU College menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang komprehens­if dan mengikut sukatan modul terkini.

Program ini menggabung­kan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapk­an graduan dengan penilaian serta etika terbaik dalam membuat keputusan.

Dalam tempoh pengajian selama tiga tahun, penuntut akan mempelajar­i pelbagai perkara baru termasuk bagaimana menjalanka­n ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis serta pengurusan penyakit.

Mereka turut dilengkapk­an dengan pengetahua­n teori yang meluas serta kemahiran praktikal selaras dengan keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi Fakulti Kesihatan & Sains Kehidupan (FHLS).

Bagi yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon untuk melanjutka­n pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan MSU menerusi Sekolah Perubatan Antarabang­sa (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

 ??  ?? PROGRAM Diploma Teknologi Makmal Perubatan penuhi permintaan pasaran.
PROGRAM Diploma Teknologi Makmal Perubatan penuhi permintaan pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia