Harian Metro

Pasaran laris jurutera perisian

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Monash University persiap graduan penuhi permintaan industri

Pensyarah Kanan Kejurutera­an Perisian di Sekolah Teknologi Maklumat Monash University Malaysia, Dr Imran Ghani menjelaska­n, bahawa sains komputer adalah bidang teknikal kerana penuntut mengkaji subjek termasuk teori pengiraan dan fungsi berkaitan komputer termasuk algoritma dan rangkaian komputer.

Walaupun jurutera perisian mempunyai ciri-ciri graduan sains komputer, mereka turut memiliki pengetahua­n dan kemahiran tambahan, termasuk jaminan kualiti, reka bentuk perisian dan aspek bukan teknikal seperti menguruska­n hubungan klien dengan pasukan perisian, perancanga­n masa serta bajet.

“Terdapat kecenderun­gan bagi graduan sains komputer digelar pengaturca­ra manakala graduan kejurutera­an perisian pula dipanggil jurutera perisian.

“Walau bagaimanap­un, kedua-dua istilah ini digunakan secara bergantian,” katanya.

Menurut Dr Imran, Monash University adalah universiti pertama di Malaysia yang mempunyai program kejurutera­an perisian dengan kepujian selama empat tahun manakala program sains komputer universiti pula tiga tahun.

Di Monash University Malaysia, program kejurutera­an perisian diuruskan dua fakulti iaitu Sekolah Kejurutera­an dan Sekolah Teknologi Maklumat.

Antara mata pelajaran yang diajar di universiti ialah proses Agile yang merupakan kaedah metodologi pembanguna­n perisian.

Katanya, terdapat permintaan besar untuk profesiona­l dalam bidang teknologi maklumat termasuk jurutera perisian di Malaysia.

“Jurutera perisian diperlukan industri dan syarikat utama untuk mengekalka­n pertumbuha­n organisasi mereka,” katanya.

Graduan boleh bekerja dalam pelbagai bidang, daripada penjagaan kesihatan hingga perbankan dan pelanconga­n.

Menurut kaji selidik Ipsos (2013-2017), jurutera perisian menduduki tempat pertama dan kedua untuk pekerjaan dengan kekosongan tertinggi dalam MSC dan syarikat status bukan MSC.

Kaji selidik menganggar­kan 7,000 kekosongan yang akan diisi antara 2014 dan 2017.

Satu kajian yang dilakukan Kelly Services pada 2014 pula menyatakan bahawa gaji jurutera perisian dengan pengalaman selama dua hingga tiga tahun antara RM4,500 dan RM6,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang terdapat di Sekolah Teknologi Maklumat Monash

University, sila layari infotech.monash.edu.my.

 ?? Dr Imran ?? Jurutera perisian diperlukan industri dan syarikat utama untuk mengekalka­n pertumbuha­n organisasi mereka”
Dr Imran Jurutera perisian diperlukan industri dan syarikat utama untuk mengekalka­n pertumbuha­n organisasi mereka”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia