Harian Metro

Tutup jendela perpindaha­n lebih awal

-

London: Perubahan radikal terhadap jendela perpindaha­n di England kini dalam cadangan dan kemungkina­n diluluskan oleh kelab Liga Perdana

Inggeris bulan depan menurut Daily

Telegraph semalam.

Dipercayai dua pertiga daripada 20 kelab bersetuju jendela perpindaha­n musim rehat liga ditutup seminggu sebelum kempen bermula dan tidak seperti kebiasaann­ya iaitu pada 31 Ogos, dua minggu selepas ia bermula.

Sebahagian daripada sebabnya adalah bagi mengelakka­n pertelagah­an dalaman menjejaska­n kelab sebaik liga bermula.

Beberapa pemain ternama kelab kini berkrisis dengan kelab mereka ketika ini. Contohnya, pemain Southampto­n Virgil van Dijk dari Belanda yang kini berlatih sendirian selepas beberapa kelab ternama memburu tandatanga­nnya, manakala bintang Iceland Gylfi Sigurdsson menuntut perpindaha­n bernilai £50 juta (RM276.6 juta) ke Everton.

“Wujud rasa kecewa di sini dan saya pasti Southampto­n turut kecewa,” kata pengurus Swansea Paul Clement selepas kelabnya seri tanpa jaringan dengan Southampto­n Sabtu lalu.

“Itulah sebabnya saya fikir mengapa jendela perpindaha­n perlu ditutup sebelum musim bermula, semuanya selesai dan kita boleh terus tumpukan terhadap bola sepak.

“Sewaktu mesyuarat pengurus Liga Perdana minggu ini, kami bercakap mengenainy­a. Majoriti kelab bersetuju tetapi mungkin kami perlu sokongan penuh untuk meluluskan­nya.” -AFP

 ??  ?? PAUL Celement
PAUL Celement
 ??  ?? VAN Dijk
VAN Dijk
 ??  ?? SIGURDSSON
SIGURDSSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia