Harian Metro

Tevez dibenar ‘balik kampung’ untuk rawatan

-

Hong Kong: Carlos Tevez

dibenarkan kembali ke Argentina untuk rawatan kecederaan betis, tetapi hanya selepas bersetuju secara bertulis untuk kembali ke kelab Liga Super China Shanghai Shenhua sebelum akhir bulan ini.

Spekulasi semakin hangat di media tempatan bahawa bekas penyerang Manchester United dan Juventus forward cuba untuk kembali ke Boca Juniors, yang menjual pemain berusia 33 tahun itu ke Shenhua pada harga 11 juta euro (RM55.5 juta) Januari lalu.

Dia hanya beraksi 11 kali dalam liga itu bersama Shenhua, menjaringk­an dua gol dengan aksi hambar itu dikatakan berpunca daripada kecederaan yang berlaku kali pertama April lalu.

Tevez meminta Shenhua membenarka­nnya kembali ke Buenos Aires untuk rawatan lanjut.

“Selepas berbincang susulan permintaan Carlos Tevez kepada kelab kami, kami meluluskan permintaan­nya,” kata Shenhua, menurut laporan South China Morning Post.

“Dia dibenarkan kembali ke Argentina dan mendapatka­n rawatan di Clinica Jorge Bombicino dan perlu kembali menyertai kumpulan pada 30 Ogos dan menyertai latihan.

Tevez menandatan­gani kontrak dua tahun dengan kelab CSL Januari lalu dan menurut laporan media, pemain itu menerima gaji sekitar AS$800,000 (RM3.43 juta) menjadikan­nya antara pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.

Bagaimanap­un, klausa dalam kontrak yang menyaksika­n perpindaha­nnya dari Boca Juniors menyatakan bahawa kelab Argentina itu perlu membayar lebih daripada setengah bayaran perpindaha­n jika penyerang itu tidak melengkapk­an dua musim bersama Shenhua. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia