Harian Metro

Sedia fasiliti terbaik

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

 MITEC bakal dibanjiri lebih 3,000 pengamal media sepanjang Sukan SEA 2017

Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) bakal menjadi pusat media utama sepanjang berlangsun­gnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Cawangan Media dan Komunikasi Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC), Fahmi Omar berkata, hampir 3,000 pengamal media terdiri daripada wartawan, jurugambar, jurukamera dan kru hos penyiar di rantau ini termasuk media antarabang­sa bakal berkampung di MITEC selain bergerak di lokasi acara sukan yang lain.

“Secara umumnya, kami menyediaka­n dua dewan yang dijadikan sebagai Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabang­sa (IBC) bagi memudahkan liputan dilakukan sepanjang berlangsun­gnya temasya sukan dwitahunan itu.

“Kedua-duanya (MPC dan IBC) ini menjadi nadi berita KL2017 dan bakal menjadi pusat media terbesar yang pernah disediakan sepanjang penganjura­n Sukan SEA,” katanya.

Menurut Fahmi, antara media antarabang­sa yang bakal membuat liputan termasuk siaran secara langsung adalah AFP (Agence France-Presse), Reuters, AP (Associated Press), European Pressphoto Agency (EPA), Getty Images, American Eyes Press dan Al Jazeera.

“MPC akan beroperasi 24 jam sehari bermula 10 Ogos lalu sehingga berakhirny­a KL2017 nanti, manakala IBC mula dibuka kepada media sejak awal bulan ini.

“Pengamal media boleh memilih untuk berada di gelanggang perlawanan atau hanya berada di MPC dan IPC bagi mendapatka­n maklumat atau info perlawanan yang dikehendak­i,” katanya.

Fahmi berkata, bagi memudahkan pengamal media membuat liputan di MPC tanpa perlu ke gelanggang perlawanan, pihaknya menyediaka­n beberapa kemudahan termasuk 12 televisyen yang akan menyiarkan secara langsung semua jenis acara yang dipertandi­ngkan.

“Bagaimanap­un, media masih boleh berada di lokasi acara sukan berlangsun­g memandangk­an, kami turut menyediaka­n tempat media di semua dewan perlawanan.

“Bagi IBC pula, sebanyak sembilan badan penyiar terdiri daripada tiga media tempatan dan enam media antarabang­sa termasuk dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia,” katanya.

Dalam masa sama, Fahmi berkata, pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an internet secara wifi bagi kemudahan media membuat liputan di semua dewan perlawanan di MITEC.

Difahamkan, jumlah petugas media yang akan membuat liputan KL2017 kali ini menyaksika­n hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding temasya Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia