Harian Metro

Perubahan cuaca

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Fatin yakin mampu sesuaikan diri dengan arah angin, hujan

Pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh tidak berdepan masalah menyesuaik­an diri dengan persekitar­an termasuk keadaan angin dalam misinya mempertaha­nkan emas acara individu compound di padang sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Menurut pemanah berusia 26 tahun itu, terdapat perubahan cuaca beberapa hari lalu dengan keadaan hujan namun dia merasakan sudah mampu menyesuaik­an diri.

“Sebelum ini keadaan amat panas namun berubah beberapa hari lalu, saya fikir tiada masalah dengan perubahan cuaca ini.

“Saya sudah boleh menyesuaik­an diri dengan keadaan angin itu. Tempoh beberapa hari lalu saya manfaatkan untuk memberi fokus kepada sasaran tanpa memikirkan perkara lain,” katanya selepas sesi latihan rasmi atlet compound, semalam.

Pemanah dari Sabah itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan mengenai keputu- san perlawanan kerana mahu memberikan persembaha­n yang terbaik terlebih dulu.

“Keputusan akan menyusul apabila kita sudah memberikan yang terbaik. Saya harap ia akan memadai un- tuk menghadiah­kan emas untuk Malaysia,” kata pemenang tiga emas Sukan SEA Singapura itu.

Fatin Nurfatehah antara sandaran utama negara menghadiah­kan emas hari ini selain acara individu lelaki dan chinlone.

Selain Fatin Nurfatehah, tiga lagi pemanah wanita negara yang turut bersaing ialah Nurul Syazhera Mohd Asmi, Saritha Cham Nong dan Norizah Ishak.

Aksi kelayakan akan bermula pagi ini dengan dua peserta terbaik setiap negara akan mara ke pusingan kalah mati yang berlangsun­g pada sebelah petang.

 ?? FOTO: ?? SKUAD memanah compoud wanita (dari kiri) Fatin, Saritha, Nurul Syazhera dan Nor Rizah ketika sesi latihan di padang Astaka MSN, Bukit Jalil.
FOTO: SKUAD memanah compoud wanita (dari kiri) Fatin, Saritha, Nurul Syazhera dan Nor Rizah ketika sesi latihan di padang Astaka MSN, Bukit Jalil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia