Harian Metro

Kin Lip idam dua emas

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Meraih satu pingat emas di Sukan SEA Singapura 2015 dalam acara berpasukan lelaki masih belum cukup buat atlet compound negara, Lee Kin Lip.

Pemanah berusia 31 tahun yang tampil buat kali ketiga di temasya dwitahunan itu mengintai dua pingat emas dalam acara berpasukan dan individu pada edisi kali ini.

“Untuk Sukan SEA di sini, saya dan rakan mahu mempertaha­nkan pingat emas acara berpasukan lelaki.

“Saya akan cuba bersaing untuk acara individu, jika ada rezeki untuk dapatkan emas adalah lebih baik. Tapi apa pun saya jangkakan akan mendapat saingan daripada pemanah Indonesia, Filipina, Vietnam,” katanya.

Atlet dari Sabah itu memaklumka­n yang dia sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi hari ini meskipun ketika ini keadaan cuaca tidak menentu dan angin agak kuat.

“Angin di sini memang sukar, kita kena pandai untuk mengawal panahan tetapi angin faktor utama yang akan menjejaska­n persembaha­n atlet,” katanya.

Di Singapura dua tahun lalu, skuad compound negara menyumbang empat pingat emas tetapi hanya Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang menyumbang­kan pingat dalam acara perseorang­an iaitu individu wanita.

Tiga pingat lagi diraih pasukan lelaki menerusi trio gandingan Kin Lip, Mohd Ju- waidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan, berpasukan wanita (Saritha Cham Nong, Fatin Nurfatehah dan Nor Rizah Ishak) serta berpasukan campuran (Mohd Juwaidi dan Fatin Nurfatehah).

Skuad compound akan memulakan cabaran yang dijadualka­n bermula jam 9.30 pagi ini.

 ??  ?? KIN Lip (kiri) bersama rakan pemanah.
KIN Lip (kiri) bersama rakan pemanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia