Harian Metro

Gilap bisa penyudah

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim, Zulfaizan Mansor, Ajitpal Singh & Syafiq Aznan sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Malaysia perlu mempertaja­mkan penyudah menjelang aksi kedua Kumpulan A bagi acara bola sepak apabila berdepan Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.

Perkara itu diakui tonggak pertahanan Adam Nor Azlin yang menjelaska­n tiada makna jika bermain dengan baik tetapi tidak dapat mencipta kemenangan.

“Saya fikir kami boleh bermain dengan corak hantaran pendek yang lebih baik selain perlu mempertaja­mkan penyudah.

“Jika hanya bermain dengan baik tapi tidak dapat jaringkan gol, kami tidak akan dapat mata.

“Bagi saya, banyak yang perlu diperbaiki untuk menentang Singapura nanti,” katanya yang meledak gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Brunei 2-1, kelmarin.

Adam muncul wira Malaysia apabila jaringanny­a pada minit ke-60 menjadi penyelamat skuad kendalian

 Adam gesa rakan jangan bazir peluang depan gol

Datuk Ong Kim Swee untuk mengutip mata penuh.

Mengulas mengenai jaringan itu, Adam mengakui lega apabila dapat menebus kesilapann­ya yang membolehka­n Zulkhairy Hady Razali meledak gol penyamaan Brunei pada minit ke-12 selepas Safawi Rasid meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketiga.

“Saya tidak boleh memikirkan kesilapan itu kerana ia boleh menjatuhka­n moral sepanjang permainan dan syukur saya berjaya menebusnya dengan meledak gol kemenangan.

“Saya harap dapat beraksi lebih baik menentang Singapura dan tidak melepaskan gol mudah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia