Harian Metro

‘Imbau nostalgia ayah’

-

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) Singapura Ikhsan Fandi Ahmad menganggap pertembung­an dengan Malaysia hari ini amat penting dan ia bukan sekadar untuk menghidupk­an peluang mereka dalam saingan Kumpulan A.

Sebaliknya, bagi pemain muda berusia 18 tahun itu, perlawanan berkenaan cukup istimewa buat dia dan abangnya, Irfan sebagai mengimbau nostalgia ayahnya Fandi Ahmad yang mempunyai sejarah tersendiri dalam arena bola sepak di Malaysia.

Malah, lebih membuatkan Ikhsan teruja apabila ayahnya yang pernah merangkul pelbagai gelaran domestik ketika mewakili Kuala Lumpur dan Pahang sekitar 1980-an dan 1990-an akan turut memberikan sokongan dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, hari ini.

“Perlawanan dengan Malaysia cukup penting. Ayah saya akan datang dan sememangny­a perlawanan itu istimewa buat saya dan abang.

“Malaysia pasukan yang baik, mereka menang dengan Myanmar (2-0) pada aksi persahabat­an sebelum ini jadi kami kena lebih bersedia.

“Saya tidak pernah bermain menentang Malaysia, jadi tak banyak yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditemui selepas aksi bertemu Myanmar yang menyaksika­n Singapura tewas 0-2 pada aksi pertama mereka di Selayang kelmarin.

Bagaimanap­un, Ikhsan yang mempunyai gaya permainan mirip Fandi, kerap kali mencemaska­n pertahanan dan beberapa kali berpeluang menghasilk­an gol dalam perlawanan itu.

Persaingan sengit Singapura dan Malaysia dalam sejarah Sukan SEA cukup hebat dengan Fandi sendiri pernah beraksi pada final 1989 di Kuala Lumpur yang menyaksika­n mereka tewas 1-3 kepada Malaysia.

Sementara itu, Irfan, 19,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia