Harian Metro

Usah terlalu ghairah buru gol

-

Kuala Lumpur: Sikap ‘tamak’ barisan pemain negara hampir memakan diri sendiri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas Brunei meskipun dihadiahka­n deretan peluang untuk menambah jaringan.

Menurut penyerang skuad bawah 22 (B-22), Muhammad Syafiq Ahmad, keghairaha­n jentera serangan mencipta gol secara solo perlu diperbaiki segera kerana merugikan pasukan.

“Bila masing-masing mahu menyerang, banyak peluang hilang. Siapa yang ada peluang cuba nak buktikan mampu menggegar gawang lawan sampai satu tahap kita ghairah nak menjaringk­an gol.

“Kita boleh jadikan insiden malam ini (kelmarin) sebagai pengajaran agar tak berulang supaya pasukan mampu raih kemenangan lebih selesa,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A bersama Brunei, Myanmar, Laos dan Singapura turun dalam aksi sulung dengan misi wajib meraih tiga mata.

“Sentuhan penyudah pasukan kita agak kurang sikit pada perlawanan ini tapi ada sedikit peningkata­n berbanding ketika pusingan kelayakan B-23 di Bangkok, baru-baru ini,” katanya. Shah Alam: Skuad bola sepak wanita negara berdepan laluan sukar dalam misi untuk meraih pingat gangsa selepas kecundang 1-2 di tangan Filipina pada aksi pertama di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Meskipun berjaya bangkit mengikat kedudukan selepas ketinggala­n pada babak pertama, namun anak buah Mohd Asyraaf Abdullah itu gagal meneruskan momentum untuk memburu jaringan tambahan sebaliknya dibolosi gol mudah sekali gus meranapkan impian untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

Malaysia harus bangkit untuk meraih mata penuh ke atas Myanmar pada aksi kedua malam esok dan perlu mengharapk­an keajaiban apabila bertemu Vietnam dan Thailand untuk kilauan pingat gangsa.

Babak pertama menyaksika­n Filipina lebih banyak menguasai bahagian sayap sementara Malaysia gemar mencipta serangan menerusi bahagian tengah namun corak permainan berhati-hati menyaksika­n tiada percubaan tepat berjaya dilakukan kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 minit pertama.

Perangkap ofsaid Filipina sering kali memerangka­p barisan serangan skuad negara dan tuan rumah nyaris mengejutka­n pelawat hasil hantaran lintang Usliza Usman namun gagal disambut Dadree Rofinus pada minit ke-28 sebelum rembatan deras Nor Athirah Mamat memaksa penjaga gol lawan, Palacios Inna Kristianne menepis keluar percubaan itu pada minit ke-39.

Bagaimanap­un, penjaga gol negara, Nur Azurin Mazlan yang cemerlang menepis percubaan Lemoran Charisa Marie untuk menghadiah­kan sepakan sudut akhirnya tertewas menerusi tandukan deras Impelido Patrice Mae San ketika masa tambahan untuk Filipina mendahului 1-0 selepas tamat babak pertama.

Usaha keras skuad wanita kebangsaan yang menukar corak permainan lebih agresif pada babak kedua nyata terbalas apabila menghasilk­an gol penyamaan menerusi Dadree pada minit ke-52.

Namun, kealpaan benteng pertahanan mereka yang membiarkan pergerakan Rodriguez Kathleen Muldong mengundang padah apabila pemain Universiti Ateneo de Manila itu melambungk­an bola daripada jarak 35 meter untuk menewaskan Nur Azurin pada minit ke-74.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia