Harian Metro

‘Jangan lalai’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

 Tracey mahu pemain fokus benam Singapura

Biarpun aksi hanya peringkat kelayakan untuk menentukan kedudukan ke separuh akhir, jurulatih bola jaring negara Tracey Robinson tetap mahu anak buahnya memberikan aksi terbaik seterusnya memenangi perlawanan menentang Singapura hari ini.

Tegasnya setiap perlawanan adalah penting untuk memberi motivasi kepada pemain dalam usaha mereka merampas kembali emas yang diraih Singapura dua tahun lalu.

Terdahulu pasukan bola jaring negara beraksi cemerlang apabila melakarkan kemenangan kedua pada pusingan kelayakan dengan membenam Brunei 64-27, semalam.

Norashikin Kamal Zaman yang beraksi di posisi GS (gol shooter) bijak menggunaka­n ketinggian dimiliki untuk menguasai kawasan D.

“Saya jadikan perlawanan hari ini untuk mengawal rasa gugup apabila turun bertemu Singapura esok (hari ini).

“Ketinggian saya nyata memberi kelebihan untuk mudah mengawal bola di depan jaring bagaimanap­un cabaran sebenar akan bermula apabila kita bertemu Singapura nanti,” katanya.

Mengulas mengenai strategi berdepan musuh tradisi negara, Norashikin berkata, dia Kuala Lumpur: Indonesia menewaskan Malaysia 4-3 pada perlawanan pembukaan acara polo air lelaki di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Fam Jia Yi menjaringk­an dua gol untuk Malaysia manakala satu lagi dijaringka­n Irshad Syahir.

Jurulatih skuad kebangsaan, Voon Yong Hui berkata, anak buahnya tidak bernasib baik berikutan gagal melakukan kejutan kepada Indonesia yang memenangi perak Sukan SEA 2015.

“Pemain cukup bermotivas­i dan bermain ikut arahan. Tapi, Indonesia lebih lincah, kami gagal menyempurn­akan beberapa peluang dimiliki.

“Nasib tidak menyebelah­i kami hari ini. Indonesia lebih yakin dengan percaturan jurulatih seterusnya melakarkan rekod bersih tanpa kalah.

Pada perlawanan kedua menentang Brunei di Stadium Juara Bukit Kiara itu menyaksika­n Malaysia mudah menguasai suku pertama apabila mendahului dengan 18-9.

Rentak permainan skuad negara terus konsisten pada suku kedua apabila melebarkan penguasaan untuk mendahului dengan 13 mata.

Memasuki babak ketiga, ketinggian dimiliki barisan pertahanan - Siti Fatimah Mustafa yang beraksi di posisi GK (gol keeper) dan Noramirah Dayan Noor Azhar GD (gol defend) - nyata memberi kelebihan kepada mereka untuk mengawal kubu negara dan menguasai perlawanan 47-21 sebelum menamatkan aksi suku keempat dengan kelebihan 37 mata.

Keputusan

itu mungkin boleh menjadi pengukur sejauh mana kemampuan skuad negara selepas Singapura sebelum ini membelasah Brunei 62-37.

Pasukan bola jaring negara akan turun pada perlawanan ketiga peringkat kelayakan menentang Singapura pada jam 5.15 petang ini.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan yang berlangsun­g semalam menyaksika­n Thailand menumpaska­n Filipina 86-16. persembaha­n dan membina lebih momentum pada perlawanan akan datang,” katanya.

Malaysia akan berdepan Filipina, hari ini.

“Kami biasanya tidak mempunyai sebarang masalah mengatasi Filipina, tapi tidak boleh terlalu yakin. Perlawanan esok pastinya tidak mudah,” katanya.

 ?? SYARAFIQ ABD SAMAD ?? PUAH Mei Fong (dua dari kiri) cuba menghalang pemain Brunei, DK Khalisha PG Abd Rahman, semalam.
SYARAFIQ ABD SAMAD PUAH Mei Fong (dua dari kiri) cuba menghalang pemain Brunei, DK Khalisha PG Abd Rahman, semalam.
 ?? AIZUDDIN SAAD ?? PENJAGA gol Malaysia, Alicia Chin Tze Ling gagal menyelamat­kan bola jaringan pemain Thailand pada acara polo air wanita Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, semalam.
AIZUDDIN SAAD PENJAGA gol Malaysia, Alicia Chin Tze Ling gagal menyelamat­kan bola jaringan pemain Thailand pada acara polo air wanita Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia