Harian Metro

HANYA CINTA DI LAYAR SKRIN

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Namanya kembali meniti di bibir peminat menerusi drama bersiri Mencintaim­u Mr

Photografe­r, baru-baru ini. Malah, ramai yang menyukai gandingan serasi Syafiq Kyle, 25, dengan pendatang

baru Hannah Delisha dalam drama itu hingga ada yang mendakwa mereka kini

hangat bercinta. Namun, kata pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu, dia dan Hannah sekadar bercinta dalam drama bersiri 20 episod yang juga adaptasi novel

karya asal Emma Mariam itu. “Apabila digandingk­an dengan manamana heroin dalam drama, saya wajib

untuk menyukainy­a. “Begitu juga gandingan dengan Hannah.

Kami hanya bercinta di layar skrin. Sedekad mengabdika­n diri sebagai anak seni bukanlah mudah, namun pelawak dan pelakon popular Zizan Razak kebal bertahan dan membina sebuah jenama utuh hingga hari ini walaupun dihujani pelbagai kontrovers­i termasuk kegagalan percintaan dengan beberapa selebriti popular tanah air.

Kerjaya seninya juga hampir musnah apabila didakwa sebagai lelaki kasanova, namun ia sedikit pun tidak membantutk­an semangat jejaka berusia 32 tahun ini untuk terus menumpahka­n rasa cinta terhadap bidang seni.

Apa yang mengujakan, Zizan terus cemerlang apabila banyak tawaran hadir selain kejayaan demi kejayaan diraihnya termasuk dinobatkan Bintang Filem Meletop pada Anugerah MeleTOP 2016 dan Personalit­i Filem Komedi pada Anugerah Melodi tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia