Harian Metro

Berganding lagi selepas ini

- DARI MUKA 1

Syafiq akui rapat dengan Hannah sejak jayakan drama bersiri Mencintaim­u Mr Photografe­r

“Kalau saya asyik bercinta dengan heroin yang digandingk­an bagaimana saya ingin fokus pada lakonan? Hannah masih muda dan baru 21 tahun. Dia banyak bertanya ilmu lakonan dan saya juga hanya menyokongn­ya dari belakang.

“Saya memang suka bekerjasam­a dengannya dan masing-masing sudah berusaha memberikan yang terbaik dalam drama itu,”katanya.

Bagaimanap­un, Syafiq tidak menafikan dia juga rapat dengan Hannah sejak digandingk­an dalam drama bersiri itu.

“Selepas selesai berlakon dalam drama Mencintaim­u Mr Photografe­r, kami terbabit dalam banyak acara sehingga hujung tahun ini.

“Insya-Allah, kami akan berganding­an lagi dalam projek drama baru selepas ini,” katanya.

Tidak pilih heroin

Syafiq juga menafikan dia memilih heroin untuk digandingk­an dalam projek drama ketika ini.

“Saya tidak mahu terikat dengan manamana heroin dalam drama. Sebagai pelakon, saya tidak kisah digandingk­an dengan siapa saja.

“Kalau saya memilih heroin nanti peminat akan kecam kalau gandingan tidak serasi dan ia juga boleh menjejaska­n karier seni,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Syafiq, dia juga tidak mengejar populariti dalam bidang lakonan ketika ini.

“Populariti juga bermusim dan ia tidak kekal lama. Saya juga mahu orang menilai saya dalam bidang lakonan dan bukannya populariti atau kontrovers­i.

“Kalau saya tidak fokus pastinya tidak berada di sini hari ini. Malah, nama saya juga pernah ditolak pihak stesen televisyen sebelum ini. Oleh itu, saya perlu bekerja keras untuk terus bertahan dalam bidang ini dengan lakonan memberangs­angkan,” katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ??
 ??  ?? SYAFIQ bersama Hannah.
SYAFIQ bersama Hannah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia