Harian Metro

Pengarang misteri di kafe

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Filem Midnight Diner 2 adaptasi manga Jepun, Shinya Shokudo bakal menemui peminatnya di pawagam terpilih di seluruh negara pada 7 September ini.

Karya arahan

Joji Matsuoka ini menampilka­n barisan pelakon Kaoru Kobayashi, Aoba Kawai, Koichi Sato, Sasuke Ikematsu dan Midoriko Kimura.

Ia mengisahka­n suasana sebuah restoran yang beroperasi sehingga lewat malam di Tokyo.

Midnight Diner 2 memulakan kisahnya dengan pengarang misteri Noriko Akatsuka yang selalu memakai pakaian serba hitam seolah-olah berkabung.

Rupa-rupanya, dia memilih tampil dengan imej sedemikian bagi menggambar­kan tekanan pekerjaann­ya.

Turut dipaparkan dalam filem itu adalah warga emas Yukiko Ogawa yang kehilangan dua juta yen selepas diperdaya satu sindiket untuk ke Tokyo.

Sementara itu, peminat Shinya Shokudo boleh menyaksika­n filem ini secara percuma di Golden Screen Cinemas (GSC) Pulau Pinang, Lembah Klang, Sabah dan Sawarak.

Pembaca hanya perlu membawa keratan artikel ini untuk menebus dua tiket di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hari ini.

Kaunter penebusan tiket percuma ini akan dibuka sehingga 23

Ogos ini, jam 9 malam berdasarka­n siapa cepat dia dapat.

Di Lembah Klang, filem ini ditayangka­n di pawagam GSC Mid Valley, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama Petaling Jaya dan Nu Sentral.

Di Pulau Pinang pula ditayangka­n di GSC Gurney Plaza manakala di Sabah dan Sarawak masing-masing di Suria Sabah, Kota Kinabalu dan City One Megamall.

Maklumat lanjut mengenai Midnight Diner 2 boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.gsc.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam Midnight Diner 2.
ANTARA babak dalam Midnight Diner 2.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia