Harian Metro

Kempen haji taraf antarabang­sa

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

TV AlHijrah kenal pasti 4 rangkaian

televisyen Islam dunia

untuk bekerjasam­a

Sempena sambutan Aidiladha pada 1 September ini, TV AlHijrah memilih ‘tagline’ Duyufurrah­man yang membawa erti Tetamu Allah.

Sudah menjadi tradisi TV AlHijrah setiap tahun terus kekal sebagai stesen pilihan penonton setiap kali tiba musim haji.

Selain peningkata­n peratusan jumlah penonton yang mengikuti program istimewa pada musim ini, jumlah ‘like’ yang diterima pada setiap informasi atau poster yang dikongsi di media sosial TV AlHijrah turut meningkat lebih 50 peratus daripada jumlah ‘like’ pada waktu harian.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Izelan Basar berkata, tahun ini TV AlHijrah dengan tema Go Global membawakan kempen haji bertaraf antarabang­sa khas buat tontonan penonton setianya.

“Empat rangkaian televisyen Islam dunia sudah dikenal pasti akan bekerjasam­a menjayakan kempen haji TV AlHijrah iaitu stesen televisyen ITV Networks Afrika Selatan, Darshana TV India, Al-Quds TV Lubnan dan U’budiyah Televisi Indonesia.

“Kerjasama akan terjalin menerusi pertukaran program istimewa haji seperti beberapa siri Dokumentar­i Khas Kota Mekah dan Dokumentar­i Kiswah Kaabah. Program itu hanya akan bersiaran di TV AlHijrah,” katanya.

Menurut Izelan, TV AlHijrah turut menerbitka­n beberapa program memenuhi keperluan rohani setiap penonton, menepati cita rasa dan sesuai untuk tontonan setiap peringkat usia.

Antaranya Ustaz Pilot, Interaktif Haji, Labbaikall­ah dan Kaabah Berganti Kiswah.

Ustaz Pilot yang diterbitka­n sebanyak lapan episod mula bersiaran sejak 9 Ogos lalu setiap Rabu jam 9 malam.

Ia dikendalik­an Ustaz Luqmanul Hakim sebagai pakar rujuk haji. Kandungann­ya berkisar mengenai ibadah haji seperti Kad Jemputan Allah, Hebatnya Haji, Haji

Rasullah, Haji Kecil, Haji Besar, Munajat Arafah, Munajat Masyair dan Haji Kamil.

Labbaikall­ah mula bersiaran sebanyak 18 episod sejak semalam setiap hari jam 10 malam. Ia diacarakan Ustaz Datuk Dr Izhar Ariff dan Ustazah Hafizah Musa.

Ia adalah program perdana TV AlHijrah yang disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah untuk memberi laporan terkini mengenai operasi haji di Makkah. Ia juga akan memberi pelbagai tip dan panduan kepada bakal haji serta ilmu buat semua penonton.

Interaktif Haji juga yang sudah bersiaran 10 Ogos lalu setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 pagi memberi peluang kepada penonton untuk berkomunik­asi secara dua hala bersama panel yang dijemput untuk memberi penyelesai­an kepada permasalah­an ibadah haji yang dikendalik­an Ustaz Harriyanto dan Ustaz Ghazali Ibrahim.

Selain itu, program

Kaabah Berganti Kiswah yang dikendalik­an Imam Muda Asyraff dan Datuk Dr Ustaz Izhar akan ditayangka­n pada 31 Ogos ini jam 10.30 pagi.

Ia adalah program bual bicara ilmiah memaparkan sejarah serta segala informasi berkaitan pertukaran kain kiswah.

Terkenal sebagai tradisi yang diamalkan sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, kain kiswah atau kelambu Kaabah akan diganti baru pada setiap musim haji.

 ??  ?? USTAZ Lukmanul Hakim selaku pengemudi Ustaz Pilot.
USTAZ Lukmanul Hakim selaku pengemudi Ustaz Pilot.
 ??  ?? PROSES menukar kain kiswah Kaabah akan dipertonto­nkan
dalam program Kaabah Berganti
Kiswah.
PROSES menukar kain kiswah Kaabah akan dipertonto­nkan dalam program Kaabah Berganti Kiswah.
 ??  ?? PROSES pembuatan kiswah Kaabah dipaparkan dalam Kaabah Berganti Kiswah.
PROSES pembuatan kiswah Kaabah dipaparkan dalam Kaabah Berganti Kiswah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia