Harian Metro

Am tidak lagi bersama Ketampi

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Bukan mudah untuk bertahan dalam bidang seni yang penuh persaingan.

Bagaimanap­un, Mohd Amran Mat Isa atau Am Ketampi bersyukur kerana masih berpeluang mencari rezeki sebagai pengacara, pelawak dan pelakon.

Ketika rakan seangkatan lain semakin hilang dari radar industri seni, peserta program Raja Lawak musim kedua yang membentuk kumpulan Ketampi bersama Bard dan Azmi ini terus aktif dengan tawaran mengacara untuk beberapa program.

Am pernah terbabit mengacara program Karnival Gegaria Harian Metro di beberapa lokasi seluruh negara pada 2010 hingga 2012.

Kebolehann­ya yang mempunyai pakej berlawak, mengacara, berlakon dan menyanyi membuatkan pengunjung yang hadir ke program ini tidak kering gusi dibuatnya.

Am berkata, dia bersyukur kerana kini dipilih sebagai pengacara sesi jelajah program keusahawan­an #youcanduit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd di seluruh negara. “Pemilihan sebagai pengacara jelajah #youcanduit boleh dikatakan sebagai satu pencapaian besar dalam karier saya.

“Ketika mengacara satu program belia di Taman Medan, Selangor, Mei lalu, tak sangka saya dilamar untuk acara yang menampilka­n Datuk Rosyam Nor, Erma Fatima, Zain Saidin dan Fizo Omar ini,” katanya.

Am yang pernah membintang­i drama Rendang Tok Wan kini banyak terbabit menghasilk­an video viral yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat.

“Video terbitan Bushido Production ini memaparkan kisahkisah masyarakat yang berlaku di sekeliling kita seharian.

“Video lakonan saya berjudul 5 Sebab Kawan Baik Suami Kena ‘Blacklist Dengan Isteri pernah memasuki senarai viral Astro Awani kerana mencatat lebih sejuta tontonan,” katanya yang bercadang menerbitka­nnya dalam bentuk program TV.

Dalam pada itu, Am kini bergerak solo serta tidak lagi bersama Ketampi kerana Azmi dan Bard mempunyai komitmen terhadap karier dan keluarga.

“Saya sudah biasa bergerak solo, tapi lebih seronok jika ada pasangan untuk mengacara dan berlawak di atas pentas.

“Banyak idea spontan boleh terhasil apabila mempunyai gandingan serasi dan sekepala,” katanya.

Jika artis lain berhijrah ke

Kuala Lumpur untuk mencari pe luang lebih baik, Am sebaliknya selesa menetap di Johor dan menganggap negeri itu masih menjadi lubuk rezeki terbaik buatnya.

“Saya masih dapat banyak undangan untuk mengacara program bersama orang ramai, majlis makan malam dan pelbagai lagi. Jadi untuk apa saya berhijrah ke luar?

“Lagipun, saya sebenarnya masih bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat sekuriti di Kluang sejak empat tahun lalu dan majikan memberikan kelonggara­n sekiranya saya terbabit dengan tawaran seni,” katanya.

Bagi memantapka­n lagi kariernya, Am berhasrat membentuk sebuah kumpulan baru dan bercadang mencuba nasib menyertai program Maharaja Lawak Mega

tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia