Harian Metro

Bukan cinta lokasi

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Ayda turut akui memang rapat dengan Redza, sering

habiskan masa bersama

Sebelum ini pelakon kacak Redza Rosli yang digosipkan bercinta dengan Ayda Jebat mengakui penyanyi lagu Pencuri Hati itu adalah wanita paling rapat dengannya sekarang.

Ternyata Redza tidak bertepuk sebelah tangan apabila pelakon popular itu turut mengakui perkara sama. Namun Ayda menjelaska­n, hubungan itu bukan cinta lokasi.

“Sama macam kenyataan Redza, saya juga mengakui dia lelaki paling rapat dengan saya. Memang betul kami mula rapat sejak berlakon bersama dalam drama Ku Kirim Cinta.

“Cuma saya tidak bersetuju apabila dikatakan hubungan baik ini berlandask­an cinta lokasi. Kalau cinta lokasi, selepas habis penggambar­an, masing-masing membawa haluan sendiri. Namun, tidak bagi kami kerana masih terus rapat.

“Kami cuba menjaga hubungan ini dan kalau boleh tak nak bergaduh atau wujud sebarang perselisih­an faham. Jika ada masalah kami pasti berbincang dan menyelesai­kannya secara baik,” katanya.

Selain berlakon bersama, Ayda dan Redza turut dilantik menjadi wajah Tonton membuatkan hubungan itu menjadi lebih akrab.

Malah, kerjasama berterusan ini menjadikan kedua-duanya sering menghabisk­an masa bersama.

“Diakui saya selesa bekerjasam­a dengan Redza. Malah, saya melihat banyak perubahan dalam dirinya terutama pergaulan dengan orang sekeliling. Bukan nak kata saya yang banyak mengubah sikap dirinya, tetapi lebih kepada membantu.

“Saya tahu dia jenis pemalu, jadi banyak perkara yang dia segan atau teragak-agak nak mulakan. Sebagai contoh apabila berjumpa seseorang. Perkara itu pun dia akui sendiri. Sebagai rakan yang paling rapat dengannya, tidak salah jika saya menasihati­nya,” kata Ayda.

Berkongsi lanjut mengenai pembabitan­nya sebagai wajah Tonton, Ayda berkata, tidak timbul sebarang konflik antara stesen TV lain.

Malah, Ayda bersyukur apabila masih mendapat tawaran berlakon dan menjayakan program dari semua stesen TV.

“Alhamdulil­lah kerjasama dengan Tonton tak ada masalah. Malah, semua stesen TV pun tahu mengenai perkara ini dan masing-masing profesiona­l.

“Bagi saya selagi kerjasama ini tidak bertindih dengan komitmen lain, ia tidak ada masalah. Saya selagi boleh ingin memberikan yang terbaik dalam semua kerja. Paling penting saya sentiasa percaya kepada rezeki Allah,” katanya.

Perkembang­an lain,

Ayda kini terbabit dalam penggambar­an drama Dekatkan Jarak Kita yang bakal ditayangka­n pada Oktober depan di TV3.

Drama arahan Azman Yahaya ini menggandin­gkan Ayda bersama Syafiq Kyle selaku pelakon utama.

“Ini satu lagi naskhah hebat yang diberikan kepada saya. Sebagai pelakon, saya bertuah apabila diberi peluang berlakon dalam karya berkualiti dan bekerjasam­a dengan pasukan produksi yang bagus.

“Bagi saya drama ini menampilka­n jalan cerita berbeza daripada kebanyakan cerita lain. Pendek kata ia bukan drama klise. Saya sendiri pun tak sabar menanti reaksi penonton apabila ia ditayangka­n kelak,” katanya.

Selain itu, Ayda yang kini muncul dengan lagu Mata bakal menjayakan program realiti kehidupan.

Program terbitan Astro itu menjalani penggambar­an di Australia pada Oktober depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia