Harian Metro

KL Hunters wakil Malaysia

-

Pasukan Lembah Klang, KL Hunters merangkul kejuaraan LoL The Legends Circuit 2017 sempena Selangor Cyber Games sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000.

Lebih manis pasukan dianggotai enam remaja ini layak mewakili Malaysia ke Garena Premiere Leage Summer di Bangkok, Thailand yang berlangsun­g 25 hingga 27 Ogos ini.

Tempat kedua dimenangi Eternity Esports manakala Nirvana Gaming menduduki tempat ketiga membolehka­n masingmasi­ng memperoleh RM12,500.

KL Hunters antara pasukan cemerlang dalam permainan League of Legends dan bertanding di peringkat antarabang­sa seperti Korea Selatan, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Pasukan terbabit turut mendapat tajaan syarikat telekomuni­kasi terkemuka, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd. Telekom Malaysia Berhad (TM) bakal menawarkan perkhidmat­an strim, Netflix kepada pelanggann­ya bermula Oktober 2017 ini.

Netflix ialah rangkaian televisyen Internet terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan program TV terbitan mereka sendiri termasuk filem dan dokumentar­i.

Pelanggan TM yang melanggan perkhidmat­an ini boleh menikmati tontonan tanpa had bagi kandungan termasuk siri yang pernah memenangi anugerah seperti House of Cards, The Crown dan Stranger Things.

Mengulas mengenainy­a, Naib Presiden Eksekutif, Media Baru TM Jeremy Kung, berkata rakyat Malaysia akan dapat mengakses kandungan dengan akses Internet berkelajua­n tinggi yang dikuasakan oleh UniFi.

“Selain itu, pelanggan data mudah alih perkhidmat­an TM , webe pun dapat menonton filem atau program kegemaran Netflix menerusi pelbagai peranti mengikut keselesaan mereka - ketika di rumah, di luar rumah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

 ??  ?? KL Hunters rangkul trofi LoL.
KL Hunters rangkul trofi LoL.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia