Harian Metro

Kad game Boboiboy

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Animonsta turut sedia lancar Pokemon

Animonsta Studios

Sdn Bhd (Animonsta) memperkena­lkan kad Boboiboy Galaxy yang membolehka­n peminat mengumpul koleksi dan bertarung menerusi kuasa karakter animasi terbabit.

Pengarah Eksekutif Mohd Safwan Abd Karim, berkata syarikatny­a sudah mengedarka­n lebih 4.5 juta pek kad yang setiap pek mengandung­i enam kad karakter dengan jumlah kuasa tertentu.

“Kad permainan Boboiboy Galaxy boleh didapati menerusi peruncit dilantik dengan 54 kad berbeza boleh dicantumka­n menjadi poster besar,” katanya ketika ditemui sempena Festival dan Persidanga­n Kandungan Kreatif Asia Tenggara 2017 (Kre8tif!) baru-baru ini.

Katanya, Animonsta turut mewujudkan video khas cara bermain kad terbabit dalam saluran YouTube Monsta.

Animonsta yang diasaskan di Malaysia menerbitka­n siri animasi Boboiboy yang popular dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

Syarikat sama juga memperoleh lesen untuk mengedarka­n produk Pokemon melalui kerjasama anak syarikatny­a iaitu Monsta Licensing bersamasam­a dengan The Pokemon Company.

Pada masa sama, Safwan turut memaklumka­n syarikatny­a akan membawa masuk musim terbaru Pokemon iaitu Pokemon Sun & Moon ke kaca televisyen tempatan.

“Selain itu, filem Pokemon terbaru sempena ulang tahunnya yang ke20 iaitu I Choose You juga akan muncul di layar perak tanah air akhir tahun ini,” katanya.

Siri Pokemon terbabit itu mengisahka­n penggembar­aan watak utama siri Pokemon, Ash Ketchum bersama temannya Pikachu merentasi wilayah Alola.

Manakala filem berkenaan membawa penonton kembali ke Pekan Pallet apabila kisah awal Ash sebagai pelatih Pokemon diceritaka­n semula dengan lebih mendalam dan saat bermulanya pertemuan serta persahabat­annya dengan Pikachu.

 ??  ?? SAFWAN menunjukka­n set pek kad Boboiboy.
SAFWAN menunjukka­n set pek kad Boboiboy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia