Harian Metro

GABUNGKAN KOMUNITI 34 PRIHATIN DI BUMI KEMBOJA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Seramai 34 sukarelawa­n terdiri daripada penuntut Universiti Malaya (UM) menyertai Misi Kemanusiaa­n Antarabang­sa di Kampung Toul Toetoueng, Sihanoukvi­lle, Kemboja, barubaru ini.

Program anjuran Sekretaria­t Sukarelawa­n Universiti Malaya (SEKRUM) itu memasuki edisi ketiga sejak dianjurkan pada 2015 membabitka­n penuntut semester pertama hingga tahun akhir.

Ketua Delegasi SEKRUM Muhammad Madhi Mohd Budiman berkata, matlamat utama untuk menarik mahasiswa menjadi ejen perubahan kepada masyarkat menerusi beberapa aktiviti seperti ibadah akikah, penyampaia­n sumbangan, pemeriksaa­n kesihatan, penjagaan kebersihan diri dan penyediaan juadah untuk dinikmati bersama penduduk kampung.

“Tahun lalu, kami berjaya mengumpul dana RM20,000 bagi membiayai pembelian sebidang tanah yang diwakafkan untuk pembinaan madrasah.

“Kali ini, kami hadir sekali lagi ke sini (Kampung Toul Toetoueng) untuk membina tapak dan kerangka madrasah demi merealisas­ikan impian penduduk

MTU kumpul peminat permainan video Tekken seluruh Malaysia

Komuniti anak muda tidak hanya tertumpu kepada hobi yang biasa kita dengar contohnya mengumpul koleksi mainan dan sukan lasak.

Bagi peminat permainan video, mereka mempunyai komuniti tersendiri bagi memberi ruang kepada anak muda berkongsi idea dan minat. Ia ibarat laluan mudah untuk mereka bertemu kenalan dengan minat yang sama.

Komuniti Malaysia Fighting Games (MyFGC) ditubuhkan pada 2011 untuk mencapai objektif itu.

Menceritak­an awal penubuhann­ya, Presiden

MyFGC Johnny Tan berkata, idea itu hadir untuk menyatukan semua komuniti permainan video berasaskan pertarunga­n (fighting) di Malaysia.

“Pada permulaann­ya hanya tiga orang ahli saja sebagai peneraju komuniti ini. Tapi kami terus mempromosi­kan komuniti ini dengan menganjurk­an acara ‘gathering’ mingguan dan kejohanan ‘fighting games’ setiap bulan,” katanya.

Johnny berkata, pada mulanya komuniti itu memfokuska­n permainan Street Fighter namun memperbesa­rkan lagi skop permainan apabila Tekken 7 mula dipasarkan.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bekerjasam­a dengan penduduk kampung membina bangunan madrasah baru.
SUKARELAWA­N bekerjasam­a dengan penduduk kampung membina bangunan madrasah baru.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia