Harian Metro

Kehamilan bebas masalah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tempoh kehamilan waktu paling penting untuk setiap wanita menjaga diri dengan sebaik-baiknya dari aspek fizikal dan emosi. Bagi yang menempuh saat kehamilan kini, berilah peluang kepada diri anda melalui proses kehamilan bebas daripada masalah atau kepenatan yang melampau akibat kerja.

Tidak kira sesibuk mana pun, beri lebih perhatian kepada penjagaan diri. Berikut antara panduan mudah bagi setiap wanita

hamil:

pastikan anda sudah bertemu dengan doktor terlebih dulu sebelum bercuti, pastikan stok vitamin dan ubat-ubatan mencukupi dan bayi dalam keadaan baik.

2. Makan dengan baik Anda tidak perlu ‘makan untuk dua orang’ apabila hamil, minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Perlu diingat anda dinasihati untuk tidak terlalu mengikut nafsu dengan mengambil jumlah makanan dalam kuantiti yang melebihi keperluan. Pastikan diet anda merangkumi banyak buah- buahan dan sayur-sayuran (sekurangku­rangnya lima hidangan sehari) di musim perayaan ini.

3. Berhati-hati mengenai kebersihan makanan

Lebih baik mengelak pengambila­n makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bayi anda. Elakkan juga daripada makan daging kurang masak atau mentah dan cucilah sayur-sayuran dengan rapi untuk membersihk­annya daripada sebarang tanah atau kotoran.

4. Ambil asid folik dan vitamin mengikut waktu ditetapkan.

Pengambila­n asid folid atau vitamin tidak boleh dipandang remeh. Pastikan anda mengambiln­ya seperti yang disyorkan doktor dan jangan meninggalk­annya. Ia amat penting terutama dalam memberi tenaga kepada anda. Anda juga boleh meningkatk­an pengambila­n folat semula jadi melalui pemakanan. Folat didapati dalam banyak makanan berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatk­an dengan vitamin. 5. Senaman ringan Aktiviti senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang diperlukan untuk menampung berat badan yang bertambah semasa hamil dan menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga memudahkan anda kembali ke bentuk badan asal selepas kelahiran bayi. Senaman juga boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa hamil.

 ??  ??
 ??  ?? IBU hamil perlu lebih prihatin kepada kesihatan.
IBU hamil perlu lebih prihatin kepada kesihatan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia