Harian Metro

Nikmati pakej Shell Out setiap Sabtu

-

Udang galah dimasak bersama pelbagai makanan laut lain dengan empat pilihan sos pastinya menjadi tarikan ramai khususnya penggemar

‘shell out’, apatah lagi ia boleh ditambah sehingga kenyang.

Ditawarkan pada harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak serta warga emas, hidangan yang disediakan oleh Rossele Coffee House,

Hotel Lexis Suites Penang (LSP) di Teluk Kumbar, Pulau Pinang akan terasa lebih enak jika dinikmati bersama insan tersayang. Malah ia boleh menjadi detik istimewa bagi meraikan ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita.

Pengurus Besar LSP Ben Ho berkata, keunikan dan keistimewa­an pakej Shell Out itu tidak akan dapat diperoleh di mana-mana dan ia disediakan setiap Sabtu bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Katanya, menariknya pelanggan boleh memilih sendiri makanan laut sama ada ketam, udang galah, sotong, udang, kekapis, ikan atau anak sotong serta pelbagai sayur-sayuran untuk menyeimban­gkan sajian.

“Pelanggan boleh memilih ikan merah atau siakap sebagai tambahan untuk dinikmati bersama nasi atau makan begitu sahaja.

“Untuk pakej ini, kami menyediaka­n empat pilihan sos iaitu sos Szechuan pedas, sos krim keju, sos kacang pedas dan sos krim bawang putih yang boleh membangkit­kan selera,” katanya.

Ho berkata, selain memuaskan selera dengan Shell Out, LSP turut menyediaka­n kaunter pasta Italia seperti bolognese, neopolitan dan carbonara yang boleh dinikmati bersama dalam satu pakej.

Malah LSP turut menyediaka­n 10 menu tambahan termasuk nasi, hidangan pencuci mulut, buah-buahan dan pelbagai jenis kek.

“Pelanggan yang meminati masakan Timur Tengah boleh mencuba hidangan Arab secara ala carte bermula dari RM9 hingga RM55.

“Sebanyak 33 menu

Arab ditawarkan untuk memenuhi kepelbagai­an cita rasa pengunjung termasuk hummus, fattoush dan kibbeh, kambing atau ayam mandy serta kebab halabee shish tewooq. Lebih menarik, juadah istimewa ini disediakan cef pelatih yang dibawa khas dari Yaman untuk memastikan keaslian dan kelazatann­ya,” katanya.

 ??  ?? SEORANG kakitangan menunjukka­n hidangan pakej Shell Out.
SEORANG kakitangan menunjukka­n hidangan pakej Shell Out.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia