Harian Metro

Sediakan anak kemahiran IQ, EQ

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Walaupun kecemerlan­gan akademik sering menjadi keutamaan dalam peringkat tumbesaran kanak-kanak, kemahiran mental (IQ) saja tidak memadai untuk berjaya.

Ramai ibu bapa semakin menyedari masa depan sukar diramal dan mereka turut memberi penekanan terhadap kecerdasan emosi (EQ) anak yang tidak kurang pentingnya.

Malah menurut kajian terbaru oleh Mead Johnson Nutrition mendapati 96 peratus ibu di Malaysia menyatakan IQ saja tidak memadai untuk berjaya pada masa akan datang yang tidak menentu.

Menerusi kajian sama, mereka turut menekankan aspek EQ seperti keupayaan menyesuaik­an diri dalam apa jua keadaan, kebolehan untuk empati, kemahiran bersosial dan berkomunik­asi dengan baik adalah sama penting dengan penguasaan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Dianggarka­n lebih daripada separuh kanakkanak yang bersekolah hari ini dijangka bekerja dalam bidang pekerjaan yang belum wujud, oleh itu keupayaan untuk menyesuaik­an diri menjadi kemahiran teras.

Pakar pemakanan dan ahli akademik dalam bidang psikologi pendidikan kanakkanak pada perbincang­an meja bulat baru-baru ini bersetuju betapa pentingnya untuk menyediaka­n kanakkanak dengan kemahiran IQ dan EQ yang seimbang bagi membolehka­n mereka bersiap sedia menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Ciri EQ yang penting termasuk keupayaan menyesuaik­an diri dalam apa jua keadaan, keupayaan untuk berempati dengan orang lain, kebolehan berkomunik­asi dengan baik dan kecerdasan sosial.

Tumpuan perbincang­an yang berjudul Memupuk Kanak-kanak Malaysia yang Bersiap-sedia untuk Masa Hadapan ini adalah mengenai langkah bagi menyediaka­n kanak-kanak menghadapi masa hadapan dan kecerdasan emosi mereka.

Selain itu, peranan nutrisi dan bagaimana ia mempengaru­hi EQ serta kemahiran insaniah yang diperlukan oleh setiap anak bagi menghadapi masa hadapan turut dibincangk­an.

Pensyarah Kanan dan Pakar Psikologi

Fakulti Sains Tingkahlak­u Universiti HELP

Siew Ju Li berkata, untuk berjaya dalam dunia yang kerap berubah dan berorienta­sikan teknologi, pelajar bukan saja perlu memiliki kemahiran dalam seni bahasa, matematik dan sains, malah perlu cekap dalam pemikiran kritikal, penyelesai­an masalah, gigih, boleh bekerjasam­a dan ada rasa ingin tahu.

Semua ini, katanya, adalah kemahiran yang utama dalam EQ dan kita hanya boleh meramal keadaan pekerjaan pada masa akan datang, namun dengan memperoleh keduadua kemahiran ini, kanakkanak akan lebih bersedia untuk masa hadapan yang tidak pasti.

Pengurus Dietetik

Pusat Perubatan Sunway Celeste Lau Wai Hong pula menjelaska­n nutrisi turut memainkan peranan dalam perkembang­an EQ kanakkanak. Menerusi kemajuan sains dan inovasi teknologi, penyelidik mengenal pasti dua nutrien yang penting untuk kanak-kanak iaitu Membran Globul Lemak Susu (MFGM) dan DHA.

Kedua-dua nutrien ini katanya, bekerjasam­a untuk meningkatk­an perkembang­an kognitif, membina daya ketahanan imuniti dan menyokong pengawalan tingkah-laku kanak-kanak.

“Saya ingin menekankan bahawa pentingnya untuk mendapat rangsangan di samping pengambila­n nutrisi yang baik bagi membantu menyokong perkembang­an kanakkanak yang menyeluruh.

“Ibu bapa perlu memberi rangsangan dan nutrisi yang baik kepada anak kerana otak kanak-kanak membesar sehingga tiga kali ganda dalam dua tahun pertama dan terus berkembang sehingga mencapai 90 peratus daripada saiz otak dewasa dalam lima tahun pertama.

“Kesemua faktor ini membolehka­n fungsi kognitif yang optimum dikekalkan dari alam kanak-kanak ke dewasa,” katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Alumni Teach

For Malaysia (TFM) dan pengasas bersama

Arus Academy Alina

Amir berkata, pihaknya mempunyai matlamat untuk menyemai semangat berinovasi dan dengannya satu hari nanti, kanakkanak bakal menjadi pencipta atau pakar inovasi dan bukannya pengguna.

“Sebagai guru, saya percaya amat penting untuk kanak-kanak mempunyai keseimbang­an dari segi kemahiran IQ dan EQ. Keseimbang­an adalah kunci bagi persediaan untuk masa hadapan.

“Dalam usaha menyediaka­n kanakkanak Malaysia bersiap sedia menghadapi masa hadapan, adalah penting untuk mewujudkan perbincang­an mengenai kemahiran spesifik yang mereka perlu,” katanya.

Mead Johnson

Nutrition Malaysia ingin bekerjasam­a dengan ibu bapa untuk membantu anak mereka bersiapsed­ia untuk masa hadapan dengan memperkena­lkan Enfagrow A+ Baharu yang ditambah MFGM Complex dan 40 peratus lebih DHA bagi menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak di Malaysia.

 ??  ?? PERBINCANG­AN berinforma­si oleh (dari kiri) Elaine Daly, Celeste, Siew dan Alina. Pentingnya untuk mendapat rangsangan di samping pengambila­n nutrisi yang baik bagi membantu menyokong perkembang­an kanakkanak yang menyeluruh
PERBINCANG­AN berinforma­si oleh (dari kiri) Elaine Daly, Celeste, Siew dan Alina. Pentingnya untuk mendapat rangsangan di samping pengambila­n nutrisi yang baik bagi membantu menyokong perkembang­an kanakkanak yang menyeluruh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia