Harian Metro

Sehebat Van Persie...

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Safawi tak sangka mampu ledak jaringan

berkelas dunia, akui teknik dilakukan sukar “Itu jaringan pertama kali dapat saya lakukan dalam karier sebagai pemain bola sepak. Sebelum ini tak pernah buat dan saya sama sekali tak sangka ia masuk. Teknik itu agak susah, tapi Alhamdulil­lah dapat juga saya buat untuk gol pertama pasukan kita”

Mirip gol Robin Van Persie! Begitu jaringan yang dilakar penyerang skuad bawah 22 (B-22), Safawi Rasid apabila meledak gol pembukaan buat skuad negara menerusi tendangan lambung kaki kidal yang hampir menyamai jaringan bekas penyerang Manchester United, Robin Van Persie ketika bertemu Aston Villa pada musim 2013.

Malah, pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu sendiri tidak menyangka mampu melakukan aksi berkelas dunia itu selepas menerima hantaran silang cantik dari rakan sepasukan, Matthew Davies di sebelah kanan.

“Itu jaringan pertama kali dapat saya lakukan dalam karier sebagai pemain bola sepak. Sebelum ini tak pernah buat dan saya sama sekali tak sangka ia masuk.

“Teknik itu agak susah, tapi Alhamdulil­lah dapat juga saya buat untuk gol pertama pasukan kita,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi antara Malaysia dan Brunei yang menyaksika­n tuan rumah meraih kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Pada aksi pertama Kumpulan A itu, Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan cantik

Safawi sebelum penyerang pelawat, Mohamed Zulkhairy

Hady Razali menyamakan kedudukan selang lapan minit kemudian.

Adam Nor Azlin muncul wira skuad muda negara selepas menanduk masuk gol kemenangan negara pada minit ke-60, hasil sepakan sudut Safawi.

Mengulas mengenai kemenangan tipis itu, dia mengakui masih banyak kelemahan yang ingin diperbaiki terutama dalam memperkema­skan sentuhan penyudah di depan pintu gol lawan.

“Persembaha­n saya memang kurang bagus kerana kerap hilang bola ketika cuba menyerang kubu Brunei dan saya perlu perbaiki kelemahan itu sebelum kita turun menentang Singapura.

“Saya akui ada banyak peluang untuk menjaringk­an gol pada perlawanan menentang Brunei tapi mungkin tiada rezeki untuk saya menambah lebih banyak gol,” kata bekas ayam tambatan T-Team itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia