Harian Metro

SPRM CEKUP ISA SAMAD

Bekas Pengerusi FELDA ditahan SPRM berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, semalam bagi membantu siasatan SPRM dalam pembelian dua hotel oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC), semalam.

Sumber berkata, Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel berkenaan oleh FIC antara 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu.

Katanya, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Justeru, SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapk­an siasatan kes,” katanya.

Isa sebelum itu tiba di Ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung pembelian hotel mewah oleh FIC.

Isa tiba jam 2.40 petang diiringi dua peguam namun hanya beliau saja yang dilihat memasuki ibu pejabat SPRM.

Ini kali kedua Isa ke SPRM bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, beliau bersama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid turut diminta hadir bagi memberi keterangan berhubung kemelut FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada 22 Jun lalu.

Sejak SPRM memulakan siasatan skandal pembelian hotel oleh FIC, lebih 29 individu dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan termasuk Pengarah FIC Datuk Nik Azman Mohamed Zain dan dua bekas ahli Lembaga Pengarah FIC iaitu Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Lima individu turut ditahan termasuk seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC serta mereka yang terbabit dalam pembelian hotel berkenaan.

Bulan lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, pada 2014 oleh FIC dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Selepas itu, SPRM juga dilaporkan memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching oleh FIC juga dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? MOHD Isa tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk beri keterangan.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH MOHD Isa tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk beri keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia