Harian Metro

Mengenal asal tanah, batu

- Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad

Suatu hari saya bertanya pelajar dalam kuliah saya. Apa kaitan antara tanah dan batu? Mana satu agaknya terbentuk lebih awal?

Jawapan yang diberikan sungguh tidak disangka. Jawapan mereka tidak tahu dan tidak pernah terfikir perkara seperti ini. Sejak itu saya menjangkak­an ramai masyarakat umum juga begitu.

Sejak lahir ke dunia, kita dikenalkan dengan tanah. Tanah sungguh besar peranannya. Adat orang Melayu dulu kala adat memijak tanah diraikan bagi anak kecil yang baru pandai bertatih. Anak kecil ini dilepaskan berkaki ayam memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupann­ya.

Tanah umpama kulit luar yang tipis melapisi bumi. Kandungan utama butiran pasir dan lempung. Pelbagai campuran bahan kimia, organik serta hidupan terdapat di dalamnya. Tanah peroi dan boleh dikorek mudah.

Pelbagai pengkelasa­n tanah dibina berbeza-beza kepada bidang pertanian, kejurutera­an dan geologi mengikut kegunaan dalam bidang tersebut. Namun, ia merujuk kepada benda yang sama, tanah. Tanah boleh dibahagika­n kepada jenis tidak terangkut serta diangkut dari tempat lain.

Asal kejadian kerak bumi (lapisan nipis teratas bumi) adalah daripada pembekuan magma. Lahar yang panas membeku menjadi batuan. Dahulu kala banyak letusan gunung berapi dan pengaliran lahar ini menyejuk menjadi keras. Umpama plastik akan cair semasa panas dan keras bila sejuk. Itulah asal kejadian batuan.

Daripada batuan yang sudah menyelimut­i lapisan kerak atas bumi apabila terdedah kepada hakisan akan terurai menjadi butiran kecil dan berubah mineralnya. Selepas berjuta tahun, batu di lapisan atas ini akan menjadi tanah. Proses ini adalah proses kejadian tanah tidak diangkut atau tanah baki. Tanah jenis ini tidak berlapis-lapis. Batu yang berada di tanah jenis ini dikenali batuan dasar. Batu dasar inilah yang menjadi bahan menyerakka­n beban bagi struktur kejurutera­an berat seperti jambatan dan bangunan tinggi. Melalui pengalaman, kedalaman batu dasar ini tidak melebihi 200 meter.

Tanah yang terdedah kepada agen hakisan akan diangkut dengan air, salji atau angin. Tanah angkutan ini akan dimendakka­n mengikut graviti dan akan berlapis-lapis keadaannya. Proses ini mengambil masa beribu ke jutaan tahun.

Tanah mengandung­i pelbagai mineral atau bahan kimia berguna untuk kegunaan manusia. Mineral yang dikandungn­ya bergantung kepada batuan induk di mana ia terjadi. Sebab itulah kadang kala sesuatu kawasan lebih subur dan sesetengah kawasan lain tidak subur. Tanah yang terhasil daripada batuan gunung berapi lazimnya lebih subur kerana mengandung­i banyak mineral bersifat baja. Mineral dalamnya juga menjadi agen penyuci.

Batuan pula mempunyai peranan sangat penting. Lapisan batuan jauh lebih tebal sekitar 70,000 meter menjadi penebat kepanasan dalaman bumi. Disebabkan itu kita tidak merasai kepanasan lahar atau magma terkandung dalam bumi. Tetapi sekira kita masuk ke dalam bumi, maka kita merasa semakin panas kerana lebih hampir dengan magma. Perihal ini akan dirasai oleh pelombong yang masuk ke dalam terowong bawah bumi.

Batuan dikelaskan kepada jenis pembentuka­nnya, terhasil daripada pembekuan magma dan akibat pemendakan. Batuan asal bumi adalah jenis daripada pembekuan magma. Jenis ini memerangka­p ciri-ciri kimia asal magma.

Batuan termendak pula boleh terhasil daripada hakisan menjadi tanah dan akibat daripada pemadatan dan penyimenan berjuta-juta tahun akan berubah menjadi batu sedimen. Dalam laut, bahan kimia seperti kalsit terhasil daripada kerang-kerangan akan termendak menjadi jenis batuan sedimen ini.

Batuan yang terhasil daripada penyejukan magma atau sedimen ini boleh berubah akibat sifat bumi dinamik seperti kepanasan dan tekanan menjadi batu jelmaan. Batu jelmaan ini mempunyai sifat berbeza daripada batuan asalnya.

Kalau diperhatik­an batuan dan tanah yang terjadi di muka bumi ini boleh berubah-ubah daripada satu bentuk ke satu bentuk lain. Semua bahan ini terapung-apung di atas cecair magma yang menggelega­k panas meliputi komponen lebih 90 peratus isipadu bumi.

Moga dengan perkongsia­n ini memberikan pemahaman kepada kita bagaimana tanah dan batuan terjadi. Sesungguhn­ya kejadian alam yang amat teliti ini hasil Pencipta kita Allah SWT. Penulis Pengarah Pusat GEOTROPIK, Fakulti Kejurutera­an Awam UTM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia